- Remy Ishak
BERILAH apa sahaja watak, pasti hasilnya tidak mengecewakan. Kehebatan lakonan yang dimiliki aktor kacak ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan.
Biarpun ramai yang menganggap dirinya sudah layak untuk beralih ke kerusi pengarahan namun buat masa ini Remy memiliki alasan tersendiri untuk meneruskan karier lakonannya.
“Saya rasa masih terlalu awal untuk berada di tahap itu. Saya anggap usia karier lakonan saya masih muda dan saya belum puas untuk bergelar seorang pelakon.
“Lagi pun kerusi pengarahan itu adalah satu darjat yang tinggi dan buat masa ini saya masih lagi belum berkemampuan untuk berada di situ walaupun ada yang cakap saya boleh.
“Disebabkan saya begitu menghargai kedudukan pengarahan, saya rasa buat masa ini saya belum layak,” jelasnya ketika ditemui pada sidang media drama #Antidot yang bakal bersiaran bermula 9 Disember ini.
Mengulas lanjut mengenai lakonan terbaharunya itu, Remy memberitahu watak yang dibawa sedikit berbeza daripada lakonannya sebelum ini.
“Saya tertarik dengan tawaran ini kerana ditawarkan watak yang lari daripada kisah cinta di mana sudah banyak kali saya lakonkan.
“Dalam drama ini semua babak aksi memang saya lakukan sendiri dan dari segi cabaran saya rasa adalah lokasi yang dipilih agak berbahaya.
“Tapi sebagai pelakon saya cuba berikan yang terbaik,” katanya.
Drama bersiri 13 episod di bawah arahan Kabir Bhatia ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Nad Zainal dan Kamal Adli.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: