Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 42, berkata, penyanyi tersebut telah menyampaikan lagu itu pada malam Separuh Akhir Muzik Muzik pada 28 November lalu dengan baik.
"Jangan salahkan dia, bagi saya dia sudah menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna. Kalau nak dinilai dari segi vokal pada malam itu, tidak semua penyanyi dapat beri 100 peratus kehebatan sama seperti lagu yang didengar ketika proses rakaman.
"Sebelum dia buat persembahan pada malam itu, dia sudah beritahu saya terlalu gemuruh dan tertekan kerana harapan peminat terlalu tinggi untuk melihat lagu tersebut berjaya ke AJL 29," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Selasa.
Zul selaku penulis lagu itu berkata demikian ketika diminta mengulas pendapat segelintir peminat yang menganggap Akim tidak membuat persembahan terbaik sehingga karya itu gagal ke Anugerah Juara Lagu 29 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2015.
Malah, ada juga yang mendakwa penyanyi itu berada dalam pengaruh dadah atau 'lalok' ketika membuat persembahan.
Akim dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro pula menafikan tuduhan itu selain meminta orang ramai tidak memfitnahnya.
Dalam pada itu tambah Zul, Akim menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan dan penghayatan yang cukup baik pada malam tersebut.
"Saya tidak nampak pula dia seperti lalok, apa yang saya nampak dia telah menyampaikan lagu itu dengan baik dan menghayati lirik lagu itu penuh perasaan.
"Dia sangat kecewa dengan keputusan itu, jadi jangan tambahkan kekecewaan dia dengan tuduhan yang bukan-bukan," ujarnya.
Dalam pada itu, Zul mengakui agak kecewa apabila lagu yang diharapkan layak ke AJL29 itu tidak dipilih oleh juri.
Jelasnya, ia tidak adil bagi komposer jika pemilihan tersebut dilakukan berdasarkan persembahan yang dilakukan oleh penyanyi pada malam separuh akhir itu.
"Kalau ramai peminat yang kecewa dan marah, apatah lagi saya sebagai pencipta lagu tersebut. Mereka sepatutnya beritahu awal-awal bahawa persembahan artis pada malam separuh akhir itu turut diambil kira.
Ia juga tidak adil bagi komposer kerana Anugerah Juara Lagu merupakan pertandingan yang menilai karya lagu dan lirik, bukannya penyanyi. Apa-apa pun saya hormat dengan keputusan pengadil," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: