- Azizul Hafiz dan Norshahida bersanding atas jentera padi dan diarak sejauh lebih satu kilometer semalam.
BAGAN SERAI - Sepasang pengantin di Kampung Bukit Merah, Semanggol, di sini, mengabadikan kenangan indah menjadi raja sehari dengan bersanding di atas sebuah jentera padi yang diubah suai.
Malah pasangan itu turut diarak sejauh lebih satu kilometer dengan diiringi 70 kereta Toyota Innova dari Kelab Pemilik Innova Malaysia (KPIM) serta lima trak tunda yang membawa pasukan kompang.
Pengantin lelaki, Azizul Hafiz Mohd Nordin, 27, berkata, dia memilih untuk bersanding di atas jentera padi bagi mencipta satu kelainan selain mahu memberikan kejutan kepada isterinya, Norshahida Hamzah, 27.
Anak bongsu dari empat beradik itu berkata, idea untuk bersanding di atas jentera padi dicetuskan pekerjanya memandangkan ia merupakan sumber rezekinya selama ini.
“Setelah didesak dan dipujuk, akhirnya saya akur akan permintaan pekerja dan menghabiskan hampir RM2,000 hanya untuk mengubahsuai sebuah dari tiga jentera padi milik saya.
“Saya menggantikan alat pengisar hadapan dengan pelamin ringkas. Idea unik ini akan membuatkan isteri saya menghargai pekerjaan yang saya lakukan selama ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Semanggol semalam.
Sementara itu, Norshahida berkata, dia terkejut dengan perancangan suaminya itu dan mereka pasti tidak akan melupakan kenangan tersebut.
Azizul Hafiz dan Norshahida bersanding atas jentera padi dan diarak sejauh lebih satu kilometer semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: