- Salleh menunjukkan batu nisan dipercayai milik Tun Ahmad, seorang kerabat Kesultanan Melayu Melaka.
JIKA anda ke Parit Sulong pasti akan bertemu dengan tiga bukit iaitu Bukit Inas, Bukit Capal dan Bukit Senjata yang terkenal di kalangan penduduk setempat kerana tersimpan seribu rahsia.
Ada yang menyatakan bukit berkenaan keras, dihuni orang bunian, berjumpa benda aneh dan pelbagai lagi namun yang nyatanya hanya mereka yang benar-benar berani sahaja mampu tinggal di kawasan berkenaan.
Nama bukit berkenaan saling berkait antara satu sama lain, tetapi Bukit Inas dianggap misteri.
Satu-satunya keluarga yang berani tinggal di kaki Bukit Inas ini ialah keturunan Wak Dakam yang merupakan pengasas kepada minyak urut yang cukup terkenal di daerah Batu Pahat juga negeri ini, yang bernama Minyak Dakam.
Menurut waris Wak Dakam, Salleh Abu, 48, dia yang tinggal di kawasan berkenaan sejak kecil menyatakan sudah ramai cuba tinggal di situ tetapi akhirnya berpindah kerana tidak tahan dengan gangguan yang berlaku kepada keluarga mereka.
Katanya yang kini meneruskan perniagaan Minyak Dakam dengan menggunakan jenama Warisan Dakam, dia menganggap ayahnya itu tabah kerana mampu tinggal dan membesarkan keluarganya dengan hanya tinggal di pinggir hutan ini.
“Menurut cerita ayah, Bukit Inas berasal dari seorang individu yang terkenal satu masa dahulu yang dikenali sebagai Inas, manakala Bukit Capal adalah berasal daripada capal yang dipakai oleh Inas.
“Bagi Bukit Senjata pula, penduduk setempat memanggil namanya sebagai Bukit Senjata kerana tersimpannya senjata yang pernah dipakai Inas, namun tidak diketahui senjata berkenaan digunakan untuk berperang, berburu atau sebaliknya.
“Namun, apa yang saya diberitahu Bukit Inas sememangnya keras, ramai yang mempunyai niat tertentu yang kurang baik datang ke sini akan menerima kesannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurut Salleh lagi, termasuk ayahnya, sudah 25 kali kawasan berkenaan cuba untuk dibuka penempatan, namun mereka semua tidak mampu bertahan lama kecuali ayahnya.
Katanya, ketika mula membina rumah di kawasan berkenaan, ayahnya hanya berniat untuk mencari rezeki dengan mencari beberapa pokok herba untuk tujuan perubatan tradisional.
“Mungkin kerana niat ayah itu yang tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak elok selain semangatnya yang kuat, hanya dia sahaja yang mampu tinggal di sini ,” katanya.
Ratusan kubur lama jadi tanda tanya
Berhampiran dengan kediaman Salleh kira-kira 100 meter terdapat ratusan kubur lama, yang terletak di kawasan hutan dan sudah pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai kubur berkenaan.
Lebih pelik lagi empat kubur berkenaan yang kelihatan terjaga rapi itu berpagar dan terletak di tempat yang sedikit tinggi berbeza dengan kubur yang lain, selain batu nisan kubur berkenaan agar besar dan kelihatan tegap.
Menurut Salleh, dia diberitahu oleh ayahnya ada sesetengah ahli sejarah yang pernah melihat kawasan perkuburan berkenaan, ia dimiliki masyarakat Melayu sekitar abad ke-14, berdasarkan batu nisan yang terdapat di situ.
Katanya, salah satu daripada empat kubur yang berpagar itu adalah milik Tun Ahmad atau Temenggong Ahmad yang merupakan pembesar kerajaan Melaka satu ketika dahulu, namun tidak diketahui sebab mereka meninggalkan kawasan berkenaan.
“Ada yang menceritakan Tun Ahmad ini adalah seorang kerabat diraja dan selain itu dia juga adalah seorang panglima ketika Zaman Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
“Tun Ahmad sampai ke kawasan ini melalui Sungai Simpang Kiri dan kemudiannya meninggal di sini, tiga lagi kubur yang berada di sebelahnya dipercayai adalah ahli keluarganya,” katanya.
Menurut Salleh, kawasan kubur berkenaan merupakan tanah wakaf dan ramai yang telah mengunjungi kawasan kubur berkenaan untuk melihat sendiri kawasan berkenaan.
“Kawasan perkuburan ini juga dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang wanita yang cukup terkenal di Zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Tun Teja, di mana salah satu kubur berkenaan adalah milik kembarnya iaitu Tun Teje, berdasarkan cerita lisan daripada mereka yang terdahulu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: