- Laili Hanim (kiri) menerima kunjungan Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim (tiga, kiri) dan ahli Segamat Fans Club ke rumahnya.
SEGAMAT – Ketika remaja seusia mereka berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, pasangan adik beradik di Kampung Paya Lang 2, di sini, terlantar menderita penyakit saraf.
Laili Hanim Md Yatim, 46, berkata, anak kedua dan kelimanya, Mohd Azrin Faqim, 22, dan Mohd Hamka, 19, mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan diri.
“Sebelum menghidap penyakit ini, kedua-duanya menjalani kehidupan sama seperti kanak-kanak lain.
"Segalanya berubah sekelip mata apabila Faqim dan Hamka dikesan menghidap penyakit saraf semakin mengecut (duchenne muscular dystrophy)," katanya.
Laili Hanim berkata, Faqim menghidap penyakit ini seawal usia 12 tahun manakala adiknya pada usia 11 tahun.
"Mereka terpaksa berhenti sekolah kerana penyakit semakin lama semakin melarat," katanya.
Ibu kepada tujuh anak itu berkata, dia membelanjakan sejumlah wang yang besar mencari penawar bagi penyakit anak-anaknya itu dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan.

Katanya, dia bimbang sekiranya anak-anaknya yang lain menghidap penyakit tersebut meskipun doktor memaklumkan penyakit tersebut bukan penyakit keturunan dan tidak berjangkit.
Namun, katanya, dia tetap risau kerana sebelum ini tidak ada lagi ahli keluarga menghidap penyakit tersebut.
"Air mata saya seperti sudah kering melihat tubuh Faqim yang semakin lama semakin mengecil dan tinggal tulang.
“Nafas Faqim semakin lama semakin pendek dan memerlukan penjagaan rapi.
"Setiap dua minggu kami akan membawanya ke Hospital Daerah Segamat untuk memasukkan oksigen,” katanya.
Laili Hanim berkata, berbeza dengan Hamka, tubuh badannya semakin membesar, namun tidak boleh bergerak dan hanya duduk sahaja.
"Persamaannya, kedua-duanya boleh bercakap dengan jelas dan mengingati setiap perkara dan peristiwa yang berlaku." katanya.
Menurutnya, dia dan suaminya, Anuar Idon, 52, terpaksa bergilir-gilir setiap malam untuk menjaga anak-anaknya yang sakit.
“Pernah satu ketika saya dan suami terlelap akibat kepenatan sehingga tidak sedar mulut Faqim telah berbuih-buih kerana sesak nafas. Mujur salah seorang anak saya tersedar dan kami terus membawanya ke hospital..
“Pada Jun lalu, sewaktu Faqim menerima rawatan di HDS, doktor beritahu nafasnya telah terhenti selama setengah jam dan selepas melakukan ikhitiar, Faqim akhirnya bernafas kembali,” katanya.
Menurutnya, setiap bulan dia memperuntukkan RM1,200 untuk rawatan dan keperluan anak-anaknya termasuk susu khas.
Katanya, dia bergantung sumber kewangan daripada anak- anaknya yang telah bekerja dan menerima bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM250 sebulan dan daripada JKM sebanyak RM 600 untuk kedua-dua anaknya itu.
"Suami saya tidak bekerja selepas melakukan pembedahan membuang beberapa tulang leher akibat penyakit strok pada tahun 2011," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun Anuar Idon, nombor akaun 151052250230 (Maybank) bagi meringankan beban keluarga tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: