Sunday, December 7, 2014

Pemuda usia 20 tahun antara peserta khatan


  • Walaupun gementar dan segan Azuan tetap meneruskan niat untuk dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh lebih muda darinya.Walaupun gementar dan segan Azuan tetap meneruskan niat untuk dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh lebih muda darinya.

MARAN - Seorang pemuda Orang Asli berusia 20 tahun yang berhasrat menganut agama Islam pada hujung tahun ini antara 46 peserta program khatan perdana anjuran Parlimen Maran di Balai Raya Kampung Berkat, semalam.

Anak Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Temerloh, Azuan a/l Eh yang mendirikan rumah tangga dengan gadis seusia dari Kampung Orang Asli Batu 55 itu juga bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Azuan berkata, meskipun gementar dan segan dikhatankan bersama kanak-kanak yang jauh perbezaan umur namun perasaan itu tidak menjadi penghalang untuk dia berbuat demikian.

“Saya tinggal bersama ibu dan bapa mertua yang sudah beragama Islam maka sedikit sebanyak, ia menjadi dorongan kepada saya serta isteri untuk mengikut jejak langkah mereka.

“Kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Maran banyak membantu malah mereka yang menguruskan pendaftaran khatan ini dan turut menyediakan kemudahan kenderaan.

“Pada mulanya memang risau kerana saya berkhatan pada usia tua tetapi selepas semua selesai, saya rasa seperti orang baru dengan kehidupan lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: