Rita berkata, meskipun masih diberi kepercayaan memegang watak utama, dia tetap risau perkara tersebut akan membuatkan dirinya dilihat lebih tua daripada gandingannya itu.
"Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut saya nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.
"Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada, saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Rita ditemui selepas majlis pelancaran produk Rudaini Beaute di Hotel Royal Chulan di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Rita yang baru selesai penggambaran drama Satu Hari bersama Remy Ishak memberitahu, dia turut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menjadi heroin di mana tidak semua pelakon wanita seusianya berpeluang memegang watak utama.
"Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.
"Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah 'jambu'. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu," selorohnya.
Sementara itu, mengenai Rudaini Beaute, rangkaian produk tersebut terdiri daripada set penjagaan kesihatan dalaman iaitu Luv My Coffee serta set kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.
Rudaini Beaute memasarkan produk-produk menerusi kaedah pemasaran secara talian menggunakan laman sosial Instagram rasmi iaitu @b_fabulousgalleria dan @luvmycoffee_rr selain stokis yang dilantik secara sah bermula 1 Disember 2014.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: