- Nur Shazwani menunjukkan jeruk mangga asam boi yang begitu polular sekarang ini.
MELIHAT mangga jeruk asam boi yang padat tersusun di dalam bekas sudah ada yang kecur air liur.
Apatah lagi sekarang sedang hangat viral jeruk mangga asam boi di laman sosial menjadikan ia begitu popular sekali.
Rasanya yang masam masin, manis dan sedikit pedas membangkitkan selera bagi peminat jeruk ini.
Apatah lagi sekarang sedang hangat viral jeruk mangga asam boi di laman sosial menjadikan ia begitu popular sekali.
Rasanya yang masam masin, manis dan sedikit pedas membangkitkan selera bagi peminat jeruk ini.
Peniaga, Nur Shazwani Mohd Norizan, 24, berkata, untuk membuat jeruk mangga asam boi tidaklah sukar kerana bahan yang diperlukan ialah mangga muda, asam boi, gula dan cili padi.
Menurutnya, dia menggunakan mangga lemak manis dari Thailand untuk menghasilkan jeruk ini.
“Sekarang ini bukan musim buah mangga muda, jadi saya gunakan mangga lemak manis yang masih putik,” katanya yang baru tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.
Nur Shazwani berkata, ketika menjeruk mangga ini dia meletakkan beberapa biji asam boi, gula, cili, dan bagi menambahkan rasa enak lagi dimasukkan sedikit serbuk asam boi.
Nur Shazwani dari kampung Morak menjual jeruk mangga asam boinya dengan harga RM5 sebekas di sebuah butik di Kota Bharu dan juga melalui Facebook.
Sejak memulakan perniagaan ini yang pada asalnya secara sambilan dua bulan lalu, Nur Shazwani memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: