- Izreen dan Amar
PENANGAN drama Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda benar-benar meninggalkan impak buat penonton siri yang diadaptasi daripada novel itu.
Bahkan dek kerana drama itu juga, populariti kedua-dua pelakon ini mencanak naik, terutamanya nama Amar yang sebelum ini kedengaran suam-suam kuku sahaja.
Bukan itu sahaja, kerana drama KTAR itu juga, Amar dan Izreen juga dikaitkan bercinta sehingga ada yang mendoakan pasangan ini mendirikan rumah tangga.
Meskipun pernah mengeluarkan kenyataan rimas dan bosan kerana asyik dikaitkan dengan Amar, Izreen menjelaskan, dia tetap berkawan baik dengan aktor berusia 29 tahun itu.
"Saya akui kadang-kala saya rimas bila ramai sangat orang kaitkan kami dan ada peminat fanatik yang akan marah bila saya menjalani penggambaran dengan pelakon lelaki lain. Mereka akan persoalkan, kenapa tak berlakon dengan Amar?
"Tapi sejujurnya saya selesa berkawan dengan dia, namun hubungan kami hanya sekadar kawan rapat. Saya selesa berkawan dengan dia kerana sikapnya yang kontra dengan saya. Satu perkataan yang saya boleh gambarkan pasal Amar, dia charming," ujarnya yang ditemui, baru-baru ini.
Mengakui lebih fokus pada anak dan kerjaya, Izreen menafikan sekeras-kerasnya dia cuba bermain tarik tali mengenai perihal hubungannya dengan Amar.
"Bagi saya tidak ada apa-apa yang perlu didedahkan. Tapi selepas bercerai, saya memang fokus pada kerja dan anak. Pasal pintu hati saya, saya tidaklah tertutup sangat.
"Sebaliknya saya sentiasa dalam keadaan sedia. Apatah lagi, tidak ada apa-apa yang saya trauma menerusi perkahwinan terdahulu.
"Insya-ALLAH suatu hari nanti, pintu hati saya akan terbuka juga dengan orang yang sesuai, pada masa yang sesuai," jelas ibu kepada Adrian Umar, setahun.
Tidak tolak jodoh
Bagi Amar pula, dia mengakui senang berkawan dengan Izreen dan mereka sering berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja ataupun hal peribadi.
“Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini,” katanya.
Menyifatkan Izreen sebagai rakan yang 'ting tong', Amar berkata, dia dan Izreen ada keluar jika ada kelapangan.
"Kami memang jarang berjumpa kerana sibuk dengan tugas masing-masing. Tapi kalau ada kelapangan, adalah kami keluar setakat minum kopi.
"Tapi sebenarnya saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu control. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal.
“Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila," katanya yang sering mendoakan kebahagiaan Izreen dan tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: