- Kesihatan Ilyas yang menghidap penyakit Biliary Atresia kini, beransur pulih selepas hampir tiga minggu menjalani rawatan dan pembedahan pemindahan hati di India.
CHEMOR - Tahap kesihatan Putra Muhammad Ilyas Rahizalkhiri, 2, yang menghidap penyakit Biliary Atresia kini, beransur pulih selepas hampir tiga minggu menjalani rawatan dan pembedahan pemindahan hati di Hospital Gangga Ram, India.
Ibu, Sazariah Abdul Aziz, 32, berkata, pembedahan 11 November lalu itu berjalan lancar meskipun dia dimaklumkan bahawa Putra Muhammad Ilyas disyaki menghidap radang paru-paru.
“Saya juga dimaklumkan anak mempunyai masalah pada urat di bahagian hatinya yang agak halus.
"Namun doktor pakar bedah meyakinkan semuanya akan selamat. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH ianya berhasil,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Medan Klebang Restu, di sini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki yang mesra dipanggil Ilyas mula dikesan mempunyai masalah saluran hempedu dari luar hati setelah mengalami pendarahan tanpa henti sejak Mac lalu.
Keadaan itu menyebabkan anak bongsu dari enam beradik itu berubah menjadi lesu dan sering menangis.
Sazariah berkata, pembedahan yang diketuai Dr Naimish N Mehta itu memakan masa 14 jam.
“Anak saya dimasukkan ke dalam bilik pembedahan bagi menentukan tahap kesihatannya sebelum pemindahan 20 peratus hati saya kepada Ilyas.
"Seminggu selepas dibedah, Ilyas menunjukkan perubahan positif khususnya aspek fizikal, warna matanya sudah kembali cerah, kulitnya tidak lagi gatal-gatal dan dia sudah boleh berguling-guling atas katil wad,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang banyak membantu dalam usaha menyelamatkan Putra Muhammad Ilyas.
“Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan anak kami ini,” katanya.
Sementara itu, Bapa, Rahizalkhiri Rahim, 39, berkata, Putra Muhammad Ilyas masih perlu menjalani rawatan susulan di India.
“Selain kena ambil darah tiga hari sekali bagi menentukan tahap kesihatannya di Hospital Pantai Ipoh, kami juga terpaksa berulang-alik ke India setiap tiga bulan sekali bagi menjalani rawatan susulan.
"Malah, kami juga perlu membiayai kos perubatan Ilyas yang mencecah lebih RM1000 setiap bulan. Ubat yang diperlukan Ilyas agak mahal kerana ia perlu dibeli di India dan tidak di jual di sini,” katanya.
Justeru katanya, dia berharap ada pihak yang sudi membantu khususnya bagi meringankan sedikit beban perbelanjaan yang ditanggung.
Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sazariah Abdul Aziz 558435103162.
Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan mengenai Muhmmad Ilyas menerusi laman facebook, Putra MuhammadIlyas- Billiary Atresia.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: