- Mawi dan Datuk AC Mizal.
LAGU Al-Haq... Yang Satu nyanyian Asmawi Ani atau Mawi bersama Datuk AC Mizal adalah antara antara 10 finalis Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada 10 Januari depan.
Antara finalis lain ialah Dalam Sujud Cintaku nyanyian Halim Ahmad, Iman & Aman (Inteam), Jodoh Berdua serta Kasih Padamu (Hafiz Hamidun), Maafkan Aku (Nowseeheart), Rindu Ini (Du'a feat Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir dan Azfar), Seiring Sehaluan (UNIC), Tangis Sebatang Tamar (Daqmie) dan Ucaplah Alhamdulilah (Amirul Haswendy).
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dalam sidang media selepas pengumuman 10 finalis itu berkata, sudah tiba masanya genre nasyid dikembangkan bagi menyampaikan nasihat berunsur Islam kepada pendengar serta membawa mesej yang mendidik jiwa.
"Apa yang penting sekarang kita mulakan semula anugerah ini pada tahun hadapan dan diharapkan dapat berterusan untuk tahun-tahun seterusnya," katanya, sambil menambah kali terakhir anugerah tersebut diadakan pada 2005.
Sepuluh finalis itu dipilih daripada 30 buah lagu nasyid rancangan Carta IKIMfm yang disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: