- Suspek yang berjaya dirakam melalui CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.
SEGAMAT – Gelagat mencurigakan seorang lelaki di sebuah kedai menjual peralatan telekomunikasi dan telefon bimbit di Jalan Mentol, di sini, akhirnya terjawab selepas dia melarikan sebuah telefon bimbit dari kedai tersebut.
Pemilik kedai yang ingin dikenali sebagai Han, 30, berkata, tindakan lelaki itu berjaya dirakam CCTV di kedainya.
"Dia awalnya berpura-pura mahu membeli telefon bimbit, jadi seorang pekerja saya melayannya, saya hanya perhatikan dari jauh sebab sedang betulkan telefon bimbit milik seorang lagi pelanggan.
"Dia kemudian mahu cuba salah satu telefon bimbit yang dijual kerana mahu membandingkan kualiti. Pekerja saya yang tak mengesyaki apa-apa terus berikannya telefon bimbit tersebut,” katanya.
Menurutnya, lelaki tersebut berpura-pura mengambil gambar di luar kedainya sebelum melarikan diri bersama-sama telefon bimbit tersebut.
Katanya, ini merupakan kejadian pertama selepas memulakan perniagaan beberapa tahun lalu dan telah membuat satu laporan polis di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail mengesahkan menerima laporan kejadian dan usaha mengesan suspek giat dilakukan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: