Samsudin menujukkan kayu tongkol jenis raidan yang diperolehinya.
BAGAN SERAI - Siapa sangka kayu buruk dan reput mempunyai nilai harga tinggi yang tidak terlintas dalam pemikiran orang biasa.
Samsudin Mohd Ghaus 29, berkata, kerja mencari buruk atau dipanggil kayu tongkol menjadi sumber pendapatan utamanya sejak dia berusia 18 tahun, iaitu sebaik menamatkan persekolahan.
Menurutnya, kayu tongkol dipercayai berusia lebih 100 tahun dan amat sukar ditemui kerana terbenam dalam tanah berkedalaman hampir dua meter.
Katanya, kayu tongkol berkenaan hanya boleh ditemui di kawasan Kerian, Larut, Matang dan Teluk Intan.
"Kebiasaannya saya akan keluar menaiki motosikal sekitar jam 7.30 pagi, berbekalkan besi pencucuk dan mesin pemotong mencari kayu tongkol jauh dalam hutan di Bukit Merah dan Kampung Selamat.
“Terdapat beberapa jenis kayu tongkol yang berharga seperti kumpas, merah, mancak, raidan, gambir dan teradih yang dibeli pemborong dengan harga tertentu mengikut saiz.
“Untuk mencarinya, saya menggunakan sebatang besi khas untuk dicucuk ke dalam tanah bagi mengesannya dan jika bernasib baik, kayu tersebut akan dijumpai timbul di permukaan tanah,” katanya.
Samsudin berkata, bagi proses mengeluarkannya kayu berkenaan dia mengorek dengan tangan bagi mengelakkan kerosakan jika menggunakan cangkul.
“Kadang-kadang kayu yang dijumpai sangat besar dan saya terpaksa memotongnya lebih kecil bagi memudahkan ianya diangkut keluar,” katanya.
Menurutnya, setiap potongan kayu dijual antara lingkungan RM5 hingga RM50 mengikut saiz dan ada masanya kayu yang mempunyai bentuk menarik boleh dijual melebihi RM 100.
“Hampir setiap hari saya boleh dapat RM 150, tapi ada masanya terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Pekerjaan ini sememangnya berisiko kerana hampir setiap hari saya terpaksa berdepan dengan ancaman ular berbisa dan babi hutan," katanya.
Samsudin berkata, kayu tongkol yang dicarinya sebenarnya mempunyai nilai tersendiri dan di daerah Kerian sahaja, sebanyak empat pemborong yang menjadikannya produk eksport khas ke luar negara.
“Kayu ini kebiasaannya dijadikan hiasan dalam akuarium, malah ada sebahagian yang mempunyai bentuk menarik diubah suai menjadi hiasan perabot.
“Walau apa pun nilai estetika yang dihasilkan dari kayu ini, selagi ianya berharga, selagi itulah saya akan mencarinya sebagai sumber rezeki untuk menyara keluarga,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: