Saturday, April 20, 2013

Teka Ketawa Artis, Dapat RM100,000


PETALING JAYA: Pendengar Suria FM berpeluang memenangi hadiah wang tunai terkumpul sehingga RM100,000 menerusi kempen 'Seratus Ribu Suria' yang diperkenalkan stesen radio itu.
Surai FM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Jumaat berkata, pendengar boleh merebut hadiah itu dengan meneka ketawa lima orang selebriti yang disiarkan saluran itu.
"Dari semasa ke semasa, klu akan diberikan oleh para juri bagi memudahkan pendengar meneka siapakah pemilik lima rakaman ketawa suara selebriti itu.
"Kempen 'Seratus Ribu Suria' ini diadakan bertujuan menghargai para pendengar setia Suria FM,” kata kenyataan itu.
Untuk menyertai kempen ini, pendengar perlu menjadi individu pertama menghubungi talian Suria FM selepas isyarat memanggil disiarkan dengan meneka ketawa selebriti mengikut turutan yang betul.
Pemanggil yang berjaya memberi jawapan yang tepat akan mendapat RM500 dan jumlah itu akan digandakan sehingga RM100,000 jika jawapan yang diberikan itu salah.
Dalam pada itu, bagi yang telah mendaftar sebagai VIP Suria FM, mereka juga akan mendapat bonus sekiranya jawapan itu betul.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment