Sunday, April 14, 2013

Pingat khas Ops Daulat diwujudkan


WIRA negara daripada Komando VAT 69, Koperal Tarmizi Hashim diberi ucapan tahniah oleh rakan-rakan selepas menerima Pingat Kedaulatan Negara di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Kerajaan bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.
“Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka.
“Semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat juga diberikan pingat ini,” katanya pada majlis Penghargaan Ops Daulat di sini semalam.
Pada majlis itu, sebanyak 33 pegawai dan anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat sepanjang Ops Daulat menerima pingat tersebut.
Turut menerima pingat sama ialah petugas Jabatan Penerangan, Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Hal Ehwal Khas dan Pengurus Felda Sahabat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: