Sunday, April 14, 2013

Pertandingan graffiti tawar RM40,000


PARA peserta menunjukkan bakat masing-masing melukis mural pada Pertandingan Seni Graffiti Resort World Genting 2013 di Genting Highlands semalam.


GENTING HIGHLANDS - Hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM40,000 menanti 30 peserta peringkat akhir kategori terbuka dan pelajar, Pertandingan Seni Graffiti Resort World Genting 2013.
Pertandingan peringkat akhir itu berlangsung di Taman Tema Luar Genting di sini semalam dan berakhir hari ini.
Pengurus Pemasaran Genting Malaysia Berhad, Wong Kok Chee berkata, pemenang akan dipilih berdasarkan hasil seni yang kreatif, bertepatan dengan tema dan menampilkan kombinasi warna yang menarik.
Menurutnya, pemilihan untuk menentukan pemenang bagi kedua-dua kategori pertandingan tersebut akan dinilai berdasarkan keputusan para juri dan jumlah undian 'Like' di laman sosial Facebook.
"Hadiah utama untuk kategori terbuka merupakan wang tunai berjumlah RM3,000 dan pakej percutian ke Resort World Langkawi.
"Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 serta baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World, Genting Highlands," katanya.
Tambahnya, bagi kategori pelajar pula, pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World.
Pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 dan RM500 serta baucar penginapan tiga hari dua malam di Hotel First World.
Dalam pada itu, Kok Chee memberitahu, setiap peserta peringkat akhir itu perlu mengemukakan idea berdasarkan konsep visual yang bertemakan Fun & Excitement.
"Karya seni yang terpilih akan dipaparkan di Facebook untuk diundi oleh peminat bermula 13 April hingga 19 April 2013," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web www.rwgenting.com atau www.facebook.com/resortsworldgenting.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: