Saturday, April 20, 2013

Nissan X-Trail semakin sporty


NISSAN X-Trail tampil maskulin dengan rekaan bampar hadapan dan lampu baharu.


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road.
Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV. Penampilannya sporty menerusi gril dan bampar hadapan, lampu utama baharu, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek.
ETCM turut meningkatkan keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parkir dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Di samping rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6 inci, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk pada ruang penyimpanan barang hadapan.

RUANG kabin menggunakan warna hitam sebagai latarnya.


Ketika X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, "Dengan pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X- Trail akan terus berpegang sifatnya yang fleksibel, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan kelasakan di jalan biasa dan laluan off-road. X-Trail telah dibandingkan dengan kenderaan segmen D kerana prestasi mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah."
Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik X-Trail.
Jentera itu ditawarkan pada harga di atas jalan RM149,530 bersama pengenalan warna baharu, putih solid.
Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM akan mengadakan kempen promosi dikenali sebagai 'Which Road X-Cites You?' dan 'X-travaganza'. Kempen Which Road X-Cites You?" turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama - Pengembaraan.
Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, meneroka (X-Plore) Nissan Navara dan teruja (X-CITED) dengan Nissan X-Gear!
Untuk tempoh terhad, promosi 'X-travaganza' pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih.

BAHAGIAN belakang diserlahkan dengan rekaan lampu LED baharu dan spoiler.


Maklumat lanjut mengenai Nissan X-Trail 2.0 baharu, kempen atau promosi "X-travaganza", sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan ETCM di talian Toll percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment