Friday, April 5, 2013

Laluan KL-New Delhi mula Jun


PERKHIDMATAN Malindo Air kini semakin mendapat sambutan dan kadar kepenuhannya dijangka bertambah kepada 80 hingga 90 peratus pada tahun ini.


KUCHING – Malindo Air berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan secara terus dari Borneo ke China dan Hongkong menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, syarikat juga akan mula menawarkan perkhidmatan penerbangan serantau pada bulan Jun ini dengan memperkenalkan laluan Kuala Lumpur (KL) - New Delhi.
“Kami berhasrat untuk menjadikan Borneo sebagai hab penerbangan kami kerana pelancong dari India biasanya melihat KL atau Singapura sebagai destinasi pilihan.
“Usaha ini akan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka destinasi baharu ini,” katanya pada sidang akhbar sempena perasmian laluan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Kuching, Sarawak semalam.
Malindo Air merupakan syarikat kerjasama antara syarikat tempatan, Nadi Sdn. Bhd. dan syarikat penerbangan domestik terbesar di Indonesia, Lion Air.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: