Saturday, April 6, 2013

Dua lagi suspek diberkas bantu siasatan Ops Daulat

CLARENCE


LAHAD DATU – Polis menahan dua lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan puak pengganas Sulu di sini dan Kota Kinabalu semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, suspek pertama merupakan seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan di kawasan Tanjung Aru, Kota Kinabalu iaitu tempat seorang Datuk Seri dan dua lagi individu yang mempunyai kaitan dengan puak pengganas diberkas kelmarin.
Tanjung Aru terletak kira-kira 401 kilometer dari sini.
Katanya, seorang lagi ditahan di kawasan Kampung Sungai Bilis di sini. Suspek merupakan seorang wanita berusia 45 tahun.
“Mereka diberkas bagi membantu pihak polis dalam siasatan berkaitan kes pencerobohan di negeri ini.
“Lelaki itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 manakala wanita disiasat mengikut Akta Imigresen kerana mempunyai dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan pihak Kesultanan Sulu,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: