Sunday, April 21, 2013

Diberkas ketika cuba keluar negara

SEBAHAGIAN daripada 50 PATI yang diberkas ketika hendak meninggalkan negara di perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang tekong dan dua pembantunya merupakan antara 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan di perairan Tanjung Pengelih, Kota Tinggi semalam.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata, mereka ditahan ketika cuba meninggalkan negara ini dengan menaiki sebuah bot pada pukul 3.50 pagi. Bot itu berada dalam keadaan mencurigakan.
“Apabila dihampiri, bot tersebut terus memecut laju ke salah sebuah pantai berhampiran Tanjung Pengelih sebelum dipintas selepas dikejar selama 10 minit.
“Pemeriksaan menemui 50 orang termasuk seorang tekong bersama dua pembantu, 37 lelaki, 8 perempuan dan dua kanak-kanak lelaki PATI warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: