Sunday, April 14, 2013

Dialog kartun ajar kanak-kanak kasar


KARTUN BoiBoiBoy didakwa mempromosi perlakuan ganas terhadap kanak-kanak.


KARTUN memang umpan untuk kanak-kanak supaya leka tengok televisyen, tapi kalau salah kartun, jadi kartun anak-anak kecil yang suka tengok televisyen.
Diva memang tak suka kartun, lepas habis zaman baca komik Gila-Gila dan Ujang, sampai sekarang Diva cuma baca kartun Senyum Kambing dalam surat khabar sahaja. Baru-baru ini, Diva ada jenguk Facebook tapi ternampak luahan seorang kawan Diva yang agak intelek pemikirannya. Dia ini ada pengaruh dalam bidang seni.
Diva terkejut juga bila dia dah mula risau sebab anak-anaknya sangat terpengaruh dengan kartun Upin & Ipin serta BoiBoiBoy.
Ikut kata kawan Diva itu, ada dialog dalam siri kartun tersebut memang tak sesuai dengan kanak-kanak, terutama anak-anak kecil yang baru berumur dua hingga lima tahun.
Bukan semua benda dalam kartun tu tidak sesuai tapi yang tak sesuai itulah yang cepat jadi ikutan.
Dialog-dialog macam 'tak guna' dan perangai suka melawan dalam siri kartun itu sudah jadi kebiasaan bagi budak-budak. Ada anak-anak yang umur tiga tahun sudah pandai cakap 'mama memang tak guna'. Semua itu sebab ikut cakap kartun-kartun dalam BoiBoiBoy yang suka berperang. Sekali dengar memang nak ketawa, lapan kali dengar, memang nak kena! Diva mula nak pantaulah, harap kita sama-sama pantau juga.
Diva: Puji sikap Fizz Fairuz yang mula berbaik-baik dengan bekas kekasih lepas putus tunang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: