"Kebiasaannya setiap malam suami akan mengambil alih tugas menukar lampin Alec sementara saya akan bertanggungjawab memberinya susu jika dia lapar," katanya.
Tambah Astrid, kehadiran Alec telah mengubah pola kehidupan mereka dan tidak boleh berenggang lama dengan buah hatinya itu.
"Sejak ada anak saya banyak berubah dan sentiasa ingin cepat pulang ke rumah selepas selesai sesuatu tugas," katanya.
Astrid berkata, anaknya itu juga sudah mula mengenali wajahnya dan Arlan dan sentiasa menangis jika tahu mereka akan keluar bekerja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: