Sunday, April 14, 2013

Kisah Seram Dalam 'Kampung Simpang Burung'


Kampung Pisang Burung bakal menemui penonton bermula 15 April di TV3.
PETALING JAYA: Pelbagai kisah seram empat sekawan tentang kejadian pelik yang berlaku di sebuah kampung bakal menemui penonton menerusi sebuah drama berjudul Kampung Simpang Burung.
Dibarisi pelakon seperti Danny (X-Factor), Aedy Ashraf, Nasiruddin Nasir, Carmen Chew Richy dan Sweet, drama bersiri itu bakal menemui penonton pada 15 April ini di TV3.
Ia bakal bersiaran pada setiap Isnin pukul 10 pagi menerusi Slot Senda Pagi.
Karya tersebut merupakan arahan pengarah, Rashid San dan penulis skrip Lieynur Liey menerusi produksi Alfa Muhibbah.
Siri terbaharu itu menyusul selepas drama bersiri ‘Mak Lang Datang, Kompang Bergendang’ di slot sama tamat.
Kisah bermula apabila empat orang rakan iaitu Wahyu, Lucy, Pusparajah dan Abdul Rahman menghadiri kem motivasi di hutan rekreasi di Kampung Simpang Burung sempena cuti sekolah.
Pada waktu malam, mereka akan berkongsi kisah-kisah seram yang mereka dengar daripada penduduk Kampung Simpang Burung.
Pelbagai peristiwa dan kejadian menarik dan mencuit hati berlaku kepada empat sekawan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: