
KUALA LUMPUR – “Saya menghargai nyawa. Disebabkan itu, saya tidak teragak-agak untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan walaupun melibatkan hidup atau mati saya.”
Demikian tegas Tey Chong Suan, 74, yang telah menyelamatkan nyawa Mohd. Amiruddun Mohd. Tajid, 12, ketika dia lemas semasa cuba membantu sepupunya, Mohd. Hafiz Manan, 11, yang tergelincir dalam sebatang terusan di Muar, Johor pada Jun lalu.
Katanya, dia tidak akan mengabaikan orang yang memerlukan bantuan kerana percaya itu adalah tanggungjawabnya ketika sesuatu kejadian itu berlaku.
Berkongsi mengenai pengalamannya, Chong Suan berkata, dia juga pernah menyelamatkan seorang penunggang motosikal yang cedera parah akibat kemalangan pada 1973.
“Pengalaman itu menyebabkan saya terus bersemangat membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya selepas menerima Anugerah Atasi Segala-galanya F&N (OYA) di sini semalam.
Pada majlis itu, dia bersama enam lagi penerima anugerah OYA membawa pulang sijil, plak, produk F&N serta wang bernilai RM5,000.
Sementara itu, Jonathan Jobal, 14, menerima anugerah di atas keberaniannya menyelamatkan dua orang sepupunya dalam satu kebakaran rumah pada Januari lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: