Thursday, September 15, 2011

Pek kopi segera pelbagaikan pilihan peminat Starbucks


KAKITANGAN Berjaya Starbucks menunjukkan pek kopi segera terbaharu
di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. (Berjaya Starbucks), pengendali rangkaian Starbucks Coffee di Malaysia, memperkenalkan pek kopi segera terbaharu, Starbucks VIA Ready Brew dalam usaha mempelbagaikan produk kopi popularnya itu.

Menurut Pengarah Urusannya, Sydney Quays, melalui pek kopi terbaharu itu, para penggemar kopi Starbucks boleh menikmati minuman kegemaran mereka di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan dalam apa jua cara yang mereka suka.

"Pengguna hanya perlu mencampurkannya dengan air panas atau sejuk untuk menikmati rasa kopi yang sama seperti di Starbucks.

"Mereka juga boleh menikmati makanan kegemaran mereka seperti aiskrim atau kek dengan hanya menaburkan serbuk Starbucks VIA Ready Brew ke atas hidangan tadi," katanya selepas majlis pelancaran Starbucks VIA Ready Brew di sini semalam.

Starbucks VIA Ready Brew didatangkan dalam dua perasa iaitu Italian Roast dan Colombia dan dijual pada harga RM8 bagi 3 paket dan RM24 bagi 12 paket serta boleh didapati di semua cawangan Starbucks seluruh negara.

Sydney berkata, Starbucks VIA Ready Brew dihasilkan daripada 100 peratus biji kopi Arabica yang mampu menghasilkan serbuk kopi yang bertekstur ringan dan halus.

"Teksturnya yang halus menjadikan serbuk kopi Starbucks VIA Ready Brew mudah larut dalam air panas, air sejuk, air berais dan juga susu.

"Pengguna pasti berpuas hati dengan rasa dan teksturnya itu kerana ia tidak meninggalkan ketulan jika sudah dilarutkan bersama air," tambah beliau.

Selain itu, Quays menerangkan, Berjaya Starbucks merancang untuk membuka tiga buah cawangan dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: