|
|
INGINKAN rasa buah sebenar dengan sentuhan tropika? Tropicana Twister Laici adalah jawapannya. Ia satu lagi perisa terbaru yang dikeluarkan untuk memberikan lebih kenikmatan kepada pengguna dengan rasa dan rupa buah sebenar.
Minuman yang dihasilkan daripada jus laici sebenar itu sudah berada di pasaran sejak Julai lalu. Mengandungi vitamin C dan E, produk terbaru jenama Tropicana Twister itu merupakan rentetan kepada kejayaan Twister Blackcurrant yang dipasarkan tahun lalu.
Twister Laici, yang diperkenalkan oleh Permanis Sdn. Bhd. dalam saiz 355 mililiter (ml) dan 1.5 liter bertujuan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang inginkan minuman yang nyaman dan menyegarkan.
"Kami memperkenalkan Twister Laici kerana ia merupakan salah satu perisa popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.
"Ia penuh dengan kebaikan rasa buah yang digemari ramai dan kami pasti ia mampu menambat hati penggemar laici dan jus buah-buahan," kata Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn. Bhd., Hemalatha Ragavan.
Twister Laici boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar dan kedai serbaneka. Rangkaian tempatan Tropicana terdiri daripada tiga perisa hebat - Oren, Epal dan Blackcurrant.
Kini disertai perisa laici baharu, rangkaian produk Twister merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jenama tersebut untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan jus buah-buahan.
Tropicana ialah jenama bertaraf dunia yang dimiliki oleh PepsiCo, di samping jenama-jenama lain seperti Pepsi, 7Up, Mirinda, Revive dan Mountain Dew.
Permanis Sdn. Bhd. adalah pembotol, pengilang dan pengedar rasmi PepsiCo di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk minuman Tropicana yang menyegarkan, layari www.tropicanatwister.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: