Sunday, September 4, 2011

Tuan rumah laung azan


SEORANG penduduk, Fatimah Musa bersama anaknya, Mohd. Nazor Abd. Bakar mengemas rumah mereka yang berselerak akibat dilanda ribut di Kampung Pulau Kerengga, Marang.


MARANG – Kemeriahan 14 keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di sini bertukar bencana apabila rumah mereka rosak dipukul ribut di Kampung Pulau Kerengga dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu turut menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut dengan pelbagai barangan dan perhiasan hari raya bertaburan diterbangkan angin.

Lebih malang lagi, tiga daripada 14 rumah yang dilanda ribut rosak teruk menyebabkan setiap mangsa mengalami kerugian kira-kira RM15,000.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Paling menyedihkan semasa kejadian, ada tuan rumah yang sedang melayan tetamu. Mereka terpaksa berlindung di tempat selamat bagi mengelak kecederaan.

“Ada juga yang lari bertempiaran dan melaungkan azan ketika ribut itu datang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketika kejadian, Ramli berkata, dia sedang duduk berehat di depan rumahnya sebelum melihat atap daripada sebuah rumah jiran berhampiran diterbangkan angin dan jatuh betul-betul di hadapan rumahnya. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira 10 minit sahaja.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu, Datuk Yahya Katib berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan mengambil tindakan segera bagi membantu kesemua mangsa.

“Kita telah mengarahkan pihak berwajib untuk membuat penilaian bagi urusan bantuan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: