Saturday, September 24, 2011

Taxi pertaruhkan funky


TAXI optimis kumpulan mereka mampu mengharungi arus muzik tanah air.


Kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda kelahiran Johor itu kini bernaung di bawah label Warner Music.

Walaupun kumpulan ini baru sahaja ditubuhkan, namun keserasian di antara mereka jelas dapat dilihat ketika di temuramahS3 baru-baru ini.

Menurut vokalis kumpulan berkenaan, Muhammad Ar-Rashidin Tuah, 19, atau lebih dikenali sebagai Cidin, mereka sebenarnya telah mula bermain alat muzik sejak kecil lagi.

"Kami saling mengenali daripada kecil lagi. Cuma sebelum ini, kami tidak jamming bersama.

"Idea untuk menubuhkan kumpulan ini hanya timbul sehari sebelum pertandingan Twisties Bingit.

"Bayangkanlah ketika itu, masa semakin suntuk dan kami pula baru hendak mencari ahli kumpulan dan juga berlatih," katanya.

Namun, berdiri di atas semangat berpasukan, kumpulan yang mendaftarkan diri di saat-saat akhir pertandingan tersebut akhirnya berjaya merangkul gelaran juara.

"Kenangan nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan kami ingat sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, kami tidak akan berada di sini," ujarnya merendah diri.

Selain Rashid, Taxi juga 'dihidupkan' oleh dua bersaudara, Sukri Salleh atau mesra dipanggil Amin, 23 (bass) dan Sazuan Salleh, 19 (dram) serta Mohd Edzwan Shah, 23 (gitar).

Lahir dengan album pertama mereka, Langkah Pertama, sememangnya kumpulan ini optimis dapat membina nama yang kukuh dalam industri seni tanah air.

Menurut Edzwan, dia sangat berterima kasih kepada peminatnya kerana tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kumpulan mereka.

"Alhamdulillah, kami mendapat reaksi positif daripada peminat melalui lagu Angkubah dan juga Warna. Malah ada peminat yang tidak sabar-sabar menantikan lagu terbaru kami.

"Jika diberi peluang, kami ingin melebarkan sayap ke negara lain.

"Malah, jika berkesempatan, kami juga ingin berkolaborasi bersama Adira naib juara Akademi Fantasia 8," ujar mereka terus terang.

Selain Angkubah dan juga Warna, album Langkah Pertama turut memuatkan lagu Ku Emosi, Mimpi Semalam termasuk rakaman semula lagu Ghazal Untuk Rabiah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: