Saturday, September 24, 2011

Teman baru Izzue Islam


ANTARA aksi Izzue Islam bermain skuter.


Pada pandangan orang dewasa, mungkin permainan beroda ini agak asing, namun bagi remaja moden kini, skuter mula menggamit minat ramai untuk memilikinya.

Bagi pengacara, pelakon dan penyanyi ini, skuter adalah 'teman' baru yang sentiasa menemaninya tatkala mempunyai aktiviti lapang.

"Skuter ini bukanlah milik saya tetapi dipinjam daripada kawan saya yang memperkenalkan permainan ini kepada saya.

"Pada mulanya, saya hanya memerhatikan sepupu bermain skuter. Lama-kelamaan, saya rasa teruja lalu meminta kebenaran untuk mencubanya.

"Setelah mencubanya beberapa kali, timbul perasaan seronok bermainnya dan berhasrat untuk membelinya tidak lama lagi.

"Buat masa ini, saya sibuk dengan penggambaran drama Cikaro, Amanah Tuan Besar dan persembahan nyanyian dengan kumpulan Forteen.

"Jadi, belum ada masa lagi untuk pergi mencari dan membelinya," kata Izzue yang popular menerusi lagu Berdua Bersatu, nyanyian bersama kumpulan Forteen.

Tambah Izzue, permainan skuter itu bertambah seronok jika bermain secara berkumpulan kerana lebih happening.

"Apabila ada beberapa pemain lain, kita boleh bersaing sesama sendiri dan boleh mempertingkatkan kemahiran masing-masing untuk mengendalikan skuter ini.

"Bermacam-macam skil boleh dipraktikkan dan semua skil-skil itu saya belajar sendiri," katanya.

Pada masa yang sama, Izzue yang juga artis naungan KRU Studios itu kini mengorak langkah untuk mencuba bidang pengacaraan apabila sedikit demi sedikit menimba pengalaman menerusi program Paparazzi yang disiarkan di TV online, KRU TV.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: