|
| Ruth Sahanaya |
KALAU sebut sahaja nama Ruth Sahanaya, pasti ramai yang akan teringatkan penyanyi dari seberang itu. Syed memang suka dengan lagu-lagu yang dibawakan oleh Ruth terutamanya lagu Kaulah Segalanya yang mendapat sambutan di Malaysia.
Apa yang Syed boleh kata, ramai sekali peminat Ruth yang cukup teruja bila penyanyi itu nak datang Malaysia. Ada yang siap nak beli tiket awal-awal lagi sebab tak mahu terlepas konsert yang cukup eksklusif itu.
Kalau ada yang masih ingat Ruth memang selalu membuat persembahan di Malaysia sejak dulu lagi. Yang paling diingati pastinya konsert 3 Diva yang menggandingkan dirinya bersama dengan Krisdayanti dan Titi DJ.
Konsert yang mendapat sambutan hangat itu cukup untuk mengubati kerinduan peminat Ruth yang sudah 25 tahun bergelar insan seni dengan menghasilkan 15 buah album yang cukup sedar dan dinamik.
Bila Syed uar-uarkan konsert ni pada kawan-kawan, ada yang mencebik muka mengatakan tanda kurang senang. Kata mereka buat apa nak sokong orang seberang sedangkan sampai sekarang orang sana masih lagi amalkan dasar tutup pintu pada anak seni kita.
Kalau ada yang masukpun hanya boleh diikira dengan jari sahaja. Syed tidak mahu memanjangkan isu ini memandangkan hal ini bukan satu perkara baru lagi. Yang baik kita kutip buat panduan dan yang tak baik kita jadikan sempadan. Masih banyak perkara baik yang boleh kita ikut.
Ruth dijadualkan mengada persembahan pada 17 Disember depan di Plenery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Layar www.meportal.net untuk maklumat lanjut.
Syed: Tak sabar nak tunggu konsert Dashboard Confessional.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: