Friday, September 16, 2011

Remaja Surau Nur Ehsan aktif


Ahli Rakan Muda Surau Nur Ehsan, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor selepas majlis khatam al-Quran pada Ramadan lalu.


RAKAN Muda Surau Nur Ehsan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang terus mengorak langkah apabila pada Ramadan yang lalu menjalankan aktiviti keagamaan dengan bertadarus dan membantu tugasan penyediaan moreh di surau.

Diwujudkan pada Januari 2011 dengan aktiviti tetapnya latihan kompang selepas solat isyak pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, ahli-ahlinya yang seramai 32 orang terus mengimarahkan setiap program surau seperti kuliah ilmu, solat fardu berjemaah dan kerja-kerja kemasyarakatan terutamanya pada majlis kenduri kendara.

Pada bulan Ramadan lalu seramai 16 ahlinya yang berumur antara sembilan hingga 17 tahun menjayakan majlis tadarus dengan dipimpin oleh pengerusi surau, Kamsari Nor.

Majlis khatam al-Quran diadakan pada malam 28 Ramadan dengan dihadiri oleh para jemaah ahli kariah surau selain ibu bapa ahli rakan muda.

Pada akhir majlis, para peserta dan ahli jemaah dihidangkan jamuan sate dan nasi ayam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: