Thursday, September 15, 2011

Pengeksport Malaysia eBay dapat manfaat

Golongan pengeksport Asia melalui eBay kini menyaksikan peningkatan jualan tahunan sebanyak 26 peratus di seluruh rantau ini.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan eBay, baru-baru ini, indeks Pengeksport Asia mendapati peningkatan ini dicatatkan oleh pengeksport utama dengan jumlah dagangan tahunan melebihi USD100,000.

“Di Malaysia, jualan daripada :pengeksport besar melalui eBay mengukuh 20 peratus tahun-ke-tahun, dengan jualan buku mendahului kategori eksport, diikuti dengan: pakaian dan aksesori, alat ganti kenderaan, barangan sukan, barang kemas, permata: dan jam tangan.

“Ini mencerminkan pertumbuhan Malaysia sebagai hab pengeluaran dengan peningkatan jumlah perniagaan,” katanya.

Laporan ini turut menonjolkan peluang pengeksport Malaysia melalui eBay memperoleh pendedahan yang lebih kepada pasaran antarabangsa.

Ketua eBay bagi Asia Tenggara dan Timur Tengah, Jason Lee berkata, eBay menggunakan kelebihan platform perdagangan eksportnya untuk memberi peluang di peringkat global bagi para peniaga di Malaysia dan seterusnya meningkatkan pilihan kepada pengguna di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment