Wednesday, September 14, 2011

Pelaburan FELDA RM8b

NAJIB menyaksikan  pertukaran dokumen perjanjian   persefahaman antara  FELDA Prodata Systems Sdn Bhd dengan  Tata Consultations Services pada Mesyuarat Pengurusan FELDA, di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara FELDA Prodata Systems Sdn Bhd dengan Tata Consultations Services pada Mesyuarat Pengurusan FELDA, di Kuala Lumpur, semalam.
Unjuran kewangan organisasi catat kenaikan positif

KUALA LUMPUR: FELDA terus mencatat pertumbuhan kewangan memberangsangkan apabila nilai semasa saham yang tersenarai dan tidak tersenarai serta dana amanah raya miliknya kini mencecah lebih RM8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata punca kewangan FELDA mencatat pertumbuhan kukuh dengan hampir semua anak syarikat mencatat keuntungan.
Punca kewangan FELDA mencatat pertumbuhan kukuh dengan hampir semua anak syarikat mencatat keuntungan. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Pelaburan FELDA menerusi pembelian syarikat gula (Malaysian Sugar Manufacturing) juga begitu menggalakkan apabila nilai sahamnya meningkat daripada RM3.36 sen sesaham kepada RM5.30 ketika ini,” katanya berucap pada majlis jamuan Aidilfitri FELDA di sini, semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Pengurusan FELDA serta menyaksikan perjanjian persefahaman antara anak syarikat FELDA, FELDA Prodata Systems Sdn Bhd dengan syarikat penyedia sistem teknologi maklumat (IT) India, Tata Consultations Services.

Turut hadir Pengerusi FELDA, Tan Seri Isa Samad dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu membuktikan FELDA sebagai sebuah organisasi mampu mencatat kejayaan dan akan terus melakukan pelbagai pembaharuan serta program pembangunan untuk kebajikan peneroka dan rakyat negara ini.
“Kini pendapatan pekebun sawit meningkat kepada RM4,500 sebulan, menjadikan mereka kini termasuk dalam golongan pendapatan pertengahan di negara ini.

“FELDA juga akan menambah projek perumahan generasi kedua di seluruh negara. Kita akan tambah jumlah perumahan ini,” katanya.

Najib berkata, FELDA juga memperbanyakkan pelaburannya supaya kepercayaan terhadap agensi ini akan terus meningkat.

“Kita harap akan melipat ganda usaha supaya FELDA terus maju dan mampu membentuk komuniti yang berjaya. Proses pembaharuan sejak 1956 sehingga kini terbukti memberi hasil besar kepada kita.

“Jasa dan budi kerajaan menerusi FELDA amat besar sekali dan diharapkan semua warga FELDA dapat mempertahankan agensi ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: