KUALA LUMPUR – Sifat mesra rakyat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terserlah apabila beliau secara peribadi bertemu dan bermesra dengan para peserta perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan ke-54 yang disambut serentak dengan Hari Malaysia ke-48 di Dataran Merdeka di sini semalam.
Sebaik sahaja acara sambutan selesai, Najib dilihat berjalan menuju ke padang Dataran Merdeka untuk mendekati para peserta dan orang ramai yang hadir untuk menyaksikan acara sambutan berganda itu.
Ketika meredah lautan manusia untuk ke pentas konduktor koir sebelum menyampaikan ucapan penghargaan di atas penyertaan para peserta yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda, Najib tetap mesra melayani para peserta dan orang ramai yang mengerumuninya untuk bersalaman dengan beliau.
“Saya teruja dengan persembahan anda,” katanya yang disambut sorakan peserta dan orang ramai yang berada di Dataran Merdeka itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: