Munchy Food Industries Sdn Bhd (MFI), pengeluar bis-kut dan snek jenama Munchy’s bakal mengeluarkan produk menerusi pembukaan kilang pembuatannya di China tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chuan Kok berkata, pembukaan kilang itu sejajar mengukuhkan kedudukan produk Munchy’s di rantau Asia, sekali gus membantu memudahkan pusat jualan dan pemasaran di Shanghai mempromosi dan membentuk rangkaian pengedaran lebih luas di negara itu.
“Jika pemasaran dan jualan di China berjaya, tidak mustahil MFI akan muncul sebagai pengeluar biskut terbesar di dunia,” katanya sambil memberitahu telah membuka pejabat jualan di Singapura, Thailand, Indonesia, dan Vietnam sebagai menunjukkan kesungguhan MFI mencipta nama di luar negara.
Menurutnya, secara keseluruhan, Asia Tenggara dikenal pasti sebagai pasaran terbesar Munchy dan bagi mengukuhkan jenama, lebih banyak pejabat akan ditubuh-kan di setiap negara, walaupun proses jualan produk ketika ini diuruskan agen dan pengedar.
Munchy’s adalah produk keluaran Malaysia yang dieksport ke 60 negara seperti Hong Kong; Taiwan; Jepun; Singapura; Negara Timur Tengah; dan Amerika Syarikat.
Syarikat itu mengeluarkan 70 jenis produk terdiri rangkaian biskut; wafer; biskut kering bersama lima jenama seperti Muzic (wafer), Lexus (biskut jenis premium sandwich) Krunch (kesihatan); Captain Munch (rangkaian biskut untuk kanak-kanak); dan Munchy’s.
Chuan Kok berkata, walaupun telah meneroka pasaran luar, jualan di peringkat domestik masih menguasai pasaran yang menyumbang 20 hingga 30 peratus kepada perolehan tahunan, manakala selebihnya disumbangkan oleh eksport yang sebahagian besarnya dijana melalui Jepun, Singapura, Indonesia dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: