Thursday, September 15, 2011

Laman baru Friendster dapat sambutan

Friendster, perintis laman rangkaian sosial yang baru sahaja dilancarkan semula sebagai platform permainan sosial, semakin mendapat sambutan.

Friendster berjaya menarik lebih setengah juta pengguna baru dan kini mempunyai lebih 40 permainan premium dalam tempoh dua bulan selepas ia diperkenalkan kepada orang ramai pada 28 Jun lalu.

Laman baru ini bermatlamat untuk memperkenalkan permainan sosial ini kepada golongan muda di Asia dan membantu penerbit dan pembangun: permainan meneroka pasaran permainan Asia yang pesat.

Permainan sosial merupakan genre baru permainan dalam talian (online) yang mudah dimainkan oleh pengguna dalam kawasan demografi yang besar bersama-sama rakan mereka dalam rangkaian sosial. Antara permainan sosial yang paling popular di Friendster kini termasuk BoomZ dan Dragon’s Call.

Ketua Pegawai Eksekutif Friendster, Ganesh Kumar Bangah berkata, permainan sosial semakin memperoleh momentum di Asia.

Keputusan awal membuktikan hakikat bahawa permainan sosial didapati mewujudkan pembabitan dan interaksi mendalam di kalangan pengguna muda di Asia.

Antara keputusan pelancaran semula Friendster adalah pengguna aktif bulanan dan pengguna aktif harian meningkat 50 peratus; lebih daripada 90 peratus pengguna baru kini tinggal di Asia dan terdapat lebih 40 permainan premium dan beratus-ratus permainan percuma untuk dimainkan serta aplikasi.

Sebanyak 30 peratus daripada pengguna tertinggi kebiasaannya mengisi masa lebih 45 minit pada Friendster sepanjang 30 hari lalu dan lebih 10 peratus pengguna membeli kredit visual dalam Friendster bagi membantu mereka menikmati permainan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: