Sunday, September 4, 2011

Kasut Larrie pilihan ramai sejak tiga dekad

Sandy Kuan di salah satu outlet Larrie.

JENAMA kasut terkemuka, Larrie Corporation (M) Sdn Bhd sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar kasut malah sudah bertapak di hati rakyat negara ini sejak 1978.

Walaupun lebih tiga dekad telah berlalu, ia tetap berjaya menambat hati orang ramai untuk memilih jenama hebat itu berbanding dengan lain-lain jenama.

Tidak keterlaluan dikatakan segelintir penggemarnya enggan meninggalkan rumah tanpa memakai kasut yang berkualiti tinggi, selesa dan ranggi ini.

Antara produk jenama Larrie yang menjadi kegilaan peminat kasut.

Sudah pasti gabungan kepelbagaian fesyen dan fungsi yang dibawa kasut Larrie adalah antara resipi kejayaannya.

Untuk memastikan jenama Larrie terus menjadi pilihan ramai sepanjang zaman, Larrie terbaru kembali mempraktikkan tema back to roots dalam menghasilkan kasut yang dapat memenuhi cita rasa segenap lapisan masyarakat.

Pengurus Pemasaran, Wanita dan Kanak-Kanak, Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Sandy Kuan berkata, tema tersebut amat bermakna kerana ia memandu pereka-pereka tempatan mencari nadi kekuatan kasut jenama kegemaran ramai itu.

Seorang pelanggan meminati aksesori cermin mata gelap, beg galas, rantai leher, kalung, rantai tangan dan gelang rantai yang turut ditawarkan Larrie.

Jelasnya, nadi kekuatan itu lahir daripada akar umbi yang terbina sejak lebih 30 tahun lalu.

“Jenama kami percaya kepada keserdahanaan. Ia bukan sahaja sederhana dari segi reka bentuk tetapi gaya hidup yang dipermudahkan dengan memakai kasut yang selesa,” katanya kepada Mingguan mStar.

Sejajar dengan tema back to roots tahun ini, koleksi terbaru Larrie mendapat sentuhan inspirasi warna terang, penuh inspirasi dan bertenaga. Antara warnanya yang menarik melibatkan adunan rona merah, biru dan kuning.

Jenama Larrie terus menjadi pilihan ramai sepanjang zaman.

Sandy memberitahu, koleksi kasut Larrie sememangnya sesuai digunakan untuk tujuan pergi ke tempat kerja dan aktiviti senggang.

Katanya, kasut Larrie untuk lelaki terdiri daripada jenis bisnes, moccasin, sukan, sandal dan Bio Feet.

Manakala kasut untuk wanita pula termasuk court shoes (kerjaya), ballerina, sepatu bertali pengikat - Mary Jane, sandal dan comfort range.

Stor berkonsep keempat terletak di Sunway Pyramid.

“Ia memang direka bentuk supaya selesa dipakai dan bergaya dalam iklim tropika,” katanya.

Baru-baru ini, Larrie melangkah ke hadapan dengan melancarkan stor berkonsep yang bukan sekadar menawarkan kasut. Stor berkonsep itu kini turut menawarkan pakaian, beg dan aksesori untuk lelaki dan wanita.

Antara aksesorinya ialah cermin mata gelap, beg galas, rantai leher, kalung, rantai tangan dan gelang rantai.

Stor berkonsep Larrie menawarkan pakaian, beg dan aksesori untuk lelaki dan wanita.

Stor berkonsep pertama dilancarkan di Fahrenheit 88 pada 2010 diikuti 1st Avenue, Pulau Pinang dan AEON cawangan Bukit Indah, Johor Baru.

Terbaru, Larrie melancarkan stor berkonsep keempat di Sunway Pyramid pada Jun lalu. Menariknya, stor-stor tersebut menggunakan lampu berteknologi LED yang tidak mengandungi raksa dan kurang menghasilkan haba. Ini bagi memastikan persekitaran stor adalah mesra alam.

Menurut Sandy, Larrie bakal menambah cawangan kepada 10 buah di seluruh negara dalam tempoh setahun lagi.

Sandy berkata, Larrie turut bercadang melebarkan sayap ke luar negara.

Katanya, pihaknya bercadang mentransformasikan stor berkonsep kepada gedung membeli-belah pada tahun hadapan.

“Semua produk kami adalah selesa dipakai, bergaya, mampu milik dan cawangan kami adalah mudah dikunjungi,” katanya sambil menambah, Larrie turut bercadang melebarkan sayap ke luar negara.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: