Sunday, September 4, 2011

Inovasi tiada penghujung


Kakitangan Zull Design Autotronic yang terlibat menjayakan Inovasi Bersama Zul sebanyak 101 siri berakhir
minggu ini bergambar di hadapan pejabat mereka di Sungai Choh, Rawang Selangor.


ALHAMDULILAH, bertemu kita di siri 101 ini. Syukur, ramai anak muda tempatan dan belia menjadi pengikut dan peminat reka cipta yang secara serius ingin menceburi bidang rekaan.

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana terus setia sehingga edisi yang ke 100.

Apa yang dipelajari dari siri awal hingga ke akhir adalah asas dan sedikit sebanyak membabitkan kreativiti.

Itu tidaklah kompleks dan sukar sebagaimana yang disangkakan. Apa yang kita perlu adalah kemahuan dan keinginan.

Untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih lanjut atas setiap nota yang dikeluarkan, rujuklah kepada mana-mana buku yang ada di pasaran.

Kalau difikir-fikirkan, setiap edisi tersebut boleh dijadikan satu reka cipta yang menarik. Contohnya siri 1 jika digabungkan bersama siri ke-30 dan 42 akan menjadi satu rekaan.

Di situlah kaedah reka cipta yang terbaik. Banyak peralatan-peralatan untuk menjayakan dan mempraktikkan serta membuat eksperimen boleh

didapati di:

nJalan Pasar/ Pudu di mana terdapat banyak peralatan-peralatan elektrik dan elektronik

nUntuk mendapatkan pelbagai komponen mekanikal/ perkakasan boleh berkunjung ke ACE Hardware di Ikano

n Untuk mendapatkan paip-paip PVC plastik, banyak terdapat di Jalan Klang Lama atau paling terbaik sekali buka Yellow Pages atau buku komponen RS

Inilah tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pereka untuk mencari peralatan dan barangan untuk membuat rekaan.

Selain daripada itu, jika ada yang tidak dapat barang-barang yang dikehendaki atau dicari, bolehlah menghubungi pihak kami. Saya harap sebelum mencuba segala jenis reka cipta, pastikan keselamatan didahulukan.

Jangan sesekali bermain dengan elektrik jika tiada pengetahuan.

Berhati-hati apabila bermain dengan mesin yang boleh membahayakan diri.

Juga, berhati-hati apabila membuat sesuatu benda yang boleh memudaratkan kesihatan.

Jika gagal membuat sesuatu, jangan sesekali berputus asa. Cuba dan terus mencuba.

Lawan sikap malas yang ada pada diri yang menyebabkan kejatuhan. Jauhi sikap sombong dan angkuh kerana ia tidak mendatangkan rezeki.

Amalkan sikap bertanya kerana ia meningkatkan pengetahuan. Secara tidak langsung menaikkan taraf kehidupan.

Buat keputusan dengan tepat supaya tidak mengalami kegagalan.

Terimalah kesilapan sebagai ilmu yang tidak ada harga untuk dibayar.

Pasti kita akan berjaya. InsyAllah. Sekian, salam daripada Zulkifli Haji Haron, Zull Design Autotronic.

Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: