Thursday, September 1, 2011

Hiasan Inggeris serikan kediaman


Eric Leong menunjukkan koleksi porselin ala-Inggeris bercorak bunga untuk pilihan pengguna.


NAMANYA tidak asing lagi di kalangan peminat barangan hiasan rumah. Menawarkan pelbagai jenis barangan hiasan rumah yang berkualiti pada harga berpatutan, KK Home Deco dilihat satu pusat sehenti bagi sesiapa sahaja mendapatkan barangan keperluan mahupun perhiasan rumah.

Kesemua barangan yang ditawarkan pastinya memikat sesiapa sahaja yang melihatnya dan anda hanya perlu menamakannya, ia pasti ada.

Syawal ini, KK Home Deco menawarkan sesuatu yang pastinya di luar dugaan.

Selain menawarkan tujuh jenis hamper untuk pemberian kepada sesiapa sahaja, hampir kesemua barangan yang terdapat di sini diberi potongan harga sehingga 80 peratus.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jeff Lee, setiap pelanggan dapat menikmati potongan harga tersebut pada musim perayaan sahaja malah bagi ahli yang telah mendaftar akan mendapat lebih potongan harga.

“Promosi yang ditawarkan di KK Home Deco telah bermula 1 Julai lalu dan ia akan berakhir 4 September ini.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan barangan keperluan mahupun hiasan, jangan lepaskan peluang yang julung-julung kali diadakan malah bagi ahli pula mereka akan mendapat lebih keistimewaan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, mereka turut mengadakan promosi hari raya SurPrizes, di mana ia menawarkan hadiah sehingga RM200,000.

Bukan itu sahaja malah hadiah utama yang ditawarkan ialah perkhidmatan hiasan dalaman oleh pereka terkenal yang juga Pengarah Kreatif KK Home Deco, Eric Leong.

Untuk menyertai peraduan tersebut, para pelanggan hanya perlu membeli barangan dengan harga RM100 dan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Menurut Jeff lagi, dengan mengetengahkan tema Fashion For Home, pihaknya tahun ini turut memberi tumpuan kepada hamper.

Boleh didapati pada harga RM399 hingga RM499, hamper-hamper yang disediakan kesemuanya mempunyai tujuh jenis dengan isian seperti kuih raya home made dan juga produk-produk KK Home Deco antaranya set minum petang, set makan malam, set jag dan banyak lagi.

“Tahun ini kami turut menyediakan hamper untuk diberikan sebagai kenangan dan harga yang ditawarkan sudah pasti berpatutan.

“Selain isi kandungannya kuih raya, kami turut menyelitkan beberapa jenis barangan yang pastinya menggembirakan sesiapa sahaja yang menerimanya.

“Setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami pasti akan meneruskannya pada masa hadapan,” katanya lagi.

Sementara itu jelas Eric, kehadirannya di pusat sehenti barangan hiasan rumah itu diharap dapat membantu para pelanggan memilih barangan yang bersesuaian dengan rumah mereka.

Bukan itu sahaja, malah Eric juga akan memberikan tip serta nasihat bagaimana hendak menghias rumah dengan barangan yang bersesuaian.

Bagi mereka yang berkunjung ke KK Home Deco yang terletak di Plaza Citra, Kajang, Selangor hati mereka pasti terpaut dengan segala kelengkapan yang terdapat di sana.

Malah bagi mereka yang ingin mendapatkan cendera mata untuk majlis perkahwinan juga boleh berbuat demikian di bahagian Engraved Wedding Gifts yang terletak di bahagian bawah kedai.

Turut menawarkan bahagian gubahan bunga, para pelanggan boleh memilih bunga serta pasu yang berkenan di hati dan mendapatkan perkhidmatan gubahan bunga.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: