Wednesday, September 14, 2011

Ejen insurans kian berkembang



Jumlah ejen insurans am di Malaysia dijangka berkembang 26 peratus tahun ini, daripada lebih 35,000 dalam industri itu pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII), Khadijah Abdullah berkata, ini berdasarkan purata kira-kira 800 calon sebulan, yang menduduki peperiksaan ejen insurans bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

“Kerjaya sebagai ejen insurans am masih menarik dan diperlukan,” katanya pada Konvensyen Ejen-ejen Insurans Am 2011, di Kuala Lumpur.

Khadijah berkata, memandangkan industri itu semakin berkembang, lebih banyak langkah akan dilaksanakan pada masa depan untuk mengukuhkannya.

Beliau berkata, Bank Negara telah memperkenalkan peraturan baharu untuk insurans motor yang bertujuan memastikan pengguna diberikan nasihat yang sesuai mengenai nilai pasaran kenderaan mereka semasa membeli perlindungan komprehensif untuk kereta persendirian berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

“Ini memerlukan ejen-ejen dilengkapi pengetahuan mendalam dan keupayaan untuk memberi nasihat kepada pelanggan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: