Pelakon sensasi Shahz Jaszle kini sedang rancak menjalani penggambaran fiem Rentaz arahan Mamat Khalid. Heroinnya pelakon cantik yang tak kurang kontroversinya, Miera Leyana. Bila pihak media ke lokasi membuat liputan pembikinan filem itu mereka saling membuat pengakuan sedang menjalin hubungan mesra. Mengaku sedang menyemai benih-benih cinta. Mudahnya jatuh cinta. Cinta apa namanya itu? Semua peminat mengikuti perkembangan kisah luar layar Shahz. Bila berlakon filem ada sahaja cerita peribadi yang dibongkarkan. Masih ingat tak dengan kontroversi putus cinta dengan Maria Farida dan kehadiran Neelofa dulu?Bila ada gosip pasal hubungan mereka, Shahz mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Maria. Selepas itu nama Shahz semakin dapat perhatian. Kebetulan drama bersiri Asmara sedang ditayangkan. Agaknya dia nampak peranan gosip cinta dalam menaikkan namanya. Tidak lama selepas membuat pengakuan cinta, Shahz dapat tawaran menjadi hero filem remake Azura 2011 arahan Aziz M. Osman. Penggambarannya turut di buat di Kota London. Semasa dia masih lagi di sana ada gosip pasal hubungannya dengan Maria bermasalah. Tidak lama selepas itu mereka mengakui pasal hubungan cinta yang tak kesampaian. Masuk pula nama Neelofa yang tiba-tiba menjadi popular kerana namanya terpalit dalam gosip cinta tiga segi Maria-Shahz-Neelofa. Neelofa mula mendapat perhatian. Sekarang dia semakin dikenali dan meraih banyak tawaran. Ada juga cerita diburu golongan VIP. Sekembali ke tanah air, mereka kelihatan rapat namun tidak pernah membuat kenyataan rasmi pasal menjalin hubungan cinta. Namun ada yang membuat andaian bahawa memang wujud hubungan di antara mereka. Apatah lagi adik perempuan Shahz turut membantu urusan seni Neelofa seketika. Lama juga huibungan mereka diperkatakan. Tiba-tiba bila Shahz berlakon dengan Miera, pelakon remaja itu pula yang menjadi buah cinta Shahz. Adakah benar wujudnya cinta lokasi di antara mereka atau hanya sekadar cinta promosi? Maklumlah sekarang ini banyak filem dihasilkan dan penerbit serta pengarah pasti mencari jalan terbaik mempromosikan filem mereka. Pihak bahagian promosi lebih-lebih lagilah pening kepada fikir langkah memasarkan filem. Adakah gosip dan pengakuan cinta hero dan heroin filem itu menjadi salah satu alat untuk mengukuhkan ingatan bakal penonton terhadap filem yang dijangka ditayangkan tahun depan itu. Isu di Mangga Online ini pun sebenarnya turut mempromosikan filem itu secara tak langsung. Apabila orang bercakap pasal Shahz dan Miera, orang akan ingatkan filem Rentaz kerana mereka mula menjalin hubungan cinta ketika di lokasi penggambaran filem itu. Mereka mengaku sudah kenal sejak zaman persekolahan lagi, tapi tak sempat berkenalan mesra. Selepas berlakon bersama barulah di teruna mula menyelami hati si anak dara. Dulu si teruna tak sempat nak berkenalan dengan si dara sebab ada kawan lain yang masuk jarum dulu. Dia pendamkan perasaan demi persahabatan. Macam wayang pun ada juga kisah itu kan? Biasalah tu ayat klise pelakon-pelakon kita sejak dulu hingga ke hari ini. Tunggulah nanti macam mana kesudahan hubungan mereka. Adakah berpanjangan ataupun berakhir bila penggambaran tamat dan si hero bertemu heroin lain dalam projek filem akan datang? Modal apa pula nak dimainkan kalau benar hati Shahz kini dimiliki si heroin Rentaz itu? Tunggu dan lihatlah macam mana. Miera juga pernah mengaku pengalaman putus cinta dengan lelaki-lelaki terdahulu. Walaupun baru berusia belasan tahun dia sudah matang dalam cinta (kalau kematangan seseorang wanita diukur pada cinta yang hadir dalam hidup mereka). Saya tak mahulah mengatakan cerita itu sekadar promosi sebab kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Manalah tahu mereka benar-benar saling jatuh cinta di lokasi penggambaran kan? Hanya mereka yang tahu. Adakah dalam mengecapi kecanggihan teknologi hari ini, promosi cinta masih relevan dalam menentukan kejayaan sesebuah filem. Dulu memanglah pengarah sengaja mencari pasangan pelakon yang sedang menjalin hubungan cinta untuk melariskan filem mereka. Sebab itulah semasa Awie dan Erra Fazira bercinta dan bertunang mereka kerap digandingkan dalam filem bersama-sama. Memang menjadi dan filem mereka mencatat kutipan tertinggi pada masa itu. Bila Erra dan Yusry pula bercinta selepas Erra putus hubungan dengan Awie, mereka juga digandingkan dalam beberapa filem. Malah detik bersejarah persandingan mereka juga dimuatkan dalam salah sebuah filem lakonan mereka. Itu kisah masa lalu. Hari ini perlukah lagi gimik macam itu. Filem KL Gangster tak ada pasangan cinta pun, malah menitikberatkan watak pelakon lelaki, berjaya kutip lebih RM12 juta. Pelakon paling popular dan berbakat besar, Shahiezy Sam juga tak pernah pula digandingkan dengan kekasihnya, tapi filem-filem lakonannya antara yang mengaut kutipan tertinggi. |
Thursday, September 15, 2011
Cinta lokasi VS cinta promosi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: