![]() |
| SUASANA pembelajaran yang nyaman dan tenang memberi inspirasi kepada penuntut di Malaysia memilih Universiti Adelaide. |
AUSTRALIA Selatan khususnya Adelaide sememangnya terkenal sebagai destinasi pengajian tinggi pilihan bagi pelajar-pelajar dari Malaysia dengan tawaran pelbagai bidang pengajian.
Jaringan kerjasama antara Malaysia dan Australia Selatan sejak lebih 60 tahun menjadikan lokasi ini sebagai pilihan bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti mahupun kolej.
Menteri Pekerjaan, Latihan dan Pengajian Tinggi Australia Selatan, Jack Snelling berkata, jaringan kerjasama kedua-dua negara ini sejak sekian lama merupakan antara faktor kenapa Selatan Australia menjadi pilihan bagi pelajar melanjutkan pengajian selain mutu pendidikan serta kemudahan terbaik yang disediakan.
"Malaysia ialah sumber pasaran ketiga terbesar untuk Australia Selatan dengan jumlah pelajar seramai 2,538 menuntut di sana berbanding 23,247 pelajar dari seluruh negara itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau ditemui dalam rangka lawatannya ke negara ini bagi menghadiri siri mesyuarat tertinggi dengan naib-naib canselor universiti, pengetua-pengetua Kolej Matrikulasi Australia Selatan (SAM) dan pegawai kerajaan bagi mengukuhkan rangkaian pendidikan Australia Selatan.
Menurutnya, lebih 10 peratus jumlah pelajar Malaysia yang belajar di Australia menuntut di Australia Selatan kerana pelbagai keistimewaan yang disediakan bagi keselesaan pembelajaran para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar bahagian selatan Australia itu.
"Antara keistimewaan yang ditawarkan kepada para penuntut dari Malaysia yang berbeza dengan kawasan-kawasan lain di negara itu ialah seperti kemudahan sistem pengangkutan awam sama seperti pelajar tempatan yang mampu menjimatkan perbelanjaan sehingga A$700 setahun.
"Pejabat Sokongan Latihan yang satu-satunya terdapat di Australia turut disediakan bagi menyediakan khidmat sokongan dan nasihat mengenai semua aspek kehidupan dan pembelajaran di Adelaide," ujarnya.
Selain daripada itu, katanya lagi, para pelajar lepasan ijazah tajaan biasiswa yang membawa keluarga mereka ke Adelaide juga akan mendapat keistimewaan membayar yuran persekolahan awam untuk anak-anak mereka sama seperti pelajar tempatan.
"Faedah yang begitu istimewa seperti ini mungkin tidak akan dapat diperolehi di kawasan lain di Australia mahupun di negara-negara lain yang jelas menunjukkan komitmen tinggi Australia Selatan dalam bidang pendidikan," ujarnya.

It's not my first time to pay a visit this web page, i am browsing this web site dailly and obtain nice information from here everyday.
ReplyDeleteHere is my webpage: Mulberry UK