Wednesday, April 21, 2010

Wagon promosi hidangan sihat


1Malaysia Gourmet Wagon kempen utama F&N dalam usaha menyampaikan ilmu kepada orang ramai akan pentingnya menjaga kesihatan.


MALAYSIA memang boleh dikategorikan sebagai syurga makanan. Cakaplah hendak makan apa saja semuanya boleh didapati di negara bertuah ini.

Nasi kandar terhebat, mei kari atau nasi lemak terbaik adalah antara beberapa nama makanan popular yang menjadi pilihan majoriti rakyat dan memang tidak dinafikan makanan-makanan enak ini mempunyai lemak dan kalori yang agak tinggi. Hidangan pelengkap yang lazim dipilih pula ialah teh tarik yang terbukti tinggi dengan lemak dan kalorinya. Jika pengambilan tidak dikawal, pasti akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Sebagai manusia kita berhak membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga. Jika sudah memilih makanan yang berkalori tinggi jangan pula minum air yang mengandungi gula yang tinggi. Pilihan tetap ada asalkan kita bijak menentukannya. Jadi bagaimana kita boleh menikmati kesedapan makanan Malaysia dengan penuh keyakinan? Jawapannya jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk minuman yang mengandungi vitamin A dan D3 tanpa kolesterol seperti yang terkandung di dalam susu cair terbaru keluaran F&N Dairies.

Misi utama F&N adalah untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai akan pentingnya menjaga kesihatan.

Kempen tersebut dinamakan 1Malaysia Gourmet Wagon yang direka khas sepanjang tempoh kempen. Antara aturcaranya ialah bagaimana kita boleh menggantikan susu cair dalam masakan seperti kari, pencuci mulut dan minuman.

Menariknya demo tersebut akan berlangsung di kebanyakan masjid terpilih selepas solat Jumaat yang telah bermula di Masjid Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Mac lalu.

Demonstrasi masakan itu juga akan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasa sendiri keenakan masakan berasaskan susu tersebut.

Orang ramai juga berpeluang menyertai permainan dan aktiviti yang akan memberi mereka peluang membawa balik hadiah menarik dari F&N.

Chef Mohamad Arshad adalah individu yang akan 'mengembara' sepanjang kempen ini.

Digelar dengan panggilan Chef Mat, beliau menggunakan kepakaran dan kehebatan dalam bidang masakan untuk menyediakan masakan popular seperti rendang ayam, udang bawang putih, carbonara, lempeng, udang mentega berkrim, pelbagai pencuci mulut dan banyak lagi.

Semuanya pastinya menggunakan susu cair bagi menggantikan penggunaan santan yang tinggi dengan kolesterol.

Dari 13 hingga 31 Mei ini, orang ramai juga boleh menyertai peraduan Perfect Match F&N untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa barangan kemas berharga RM10,000 dan produk masakan berkualiti dari Corningware.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: