Thursday, April 22, 2010

Tokoh kerohanian ditahan skandal seks


NITHYANANDA dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan selepas ditangkap di Shimla utara India semalam.


BANGALORE – Seorang pemimpin kerohanian terkenal India, Nithyananda Swami yang mencetuskan kontroversi bulan lalu ditangkap polis dari tempat persembunyiannya di Himachal Pradesh semalam.

Ketua Pengarah Polis Bandar Raya Bangalore, DV Guruprasaad berkata, dia ditahan bersama seorang rakannya, Gopal Seelam Reddy sehari selepas pihak berkuasa menyerbu pusat kerohanian Dhyanapeetam miliknya dekat sini kelmarin.

Nithyananda, 32, meletak jawatan sebagai ketua pergerakan Dhyanapeetam setelah polis melakukan siasatan berhubung rakaman video yang menunjukkan dia dibelai oleh dua gadis.

Pendedahan rakaman itu mengejutkan ramai pengikutnya terutama di selatan India dan beberapa buah negara lain di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beberapa penyokongnya mendakwa video tersebut diedar oleh seorang individu yang cemburu dan mahu mengaibkan Nithyananda.

Namun, isu skandal seks itu menyebabkan kemarahan penduduk tempatan yang merusuh di sebuah pusat kerohanian kendalian Nithyananda dekat sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: