
PENDEDAHAN penyanyi Ricky Martin bahawa dirinya seorang homoseksual baru-baru ini mungkin mengejutkan ramai pihak. Namun, aktres Sushmita Sen, 34, tidak terkejut langsung dengan berita itu.
Bekas ratu cantik itu pernah dikaitkan dengan Ricky beberapa tahun lalu. Kata Sushmita, “Sepanjang perkenalan, saya amat berbangga dengan dia. Ia memerlukan keberanian untuk mengakui dorongan seks diri sendiri.
“Saya tahu dia gay. Ia satu perasaan yang menakjubkan untuk berupaya mencintai siapa yang anda kehendaki. Itu adalah satu pilihan yang tidak boleh dibuat oleh orang lain.”
Dalam pada itu, Sushmita dikhabarkan sudah menghantar permohonan ke mahkamah untuk berkahwin dengan bekas pemain kriket Pakistan, Wasim Akram.
Menafikan gosip tersebut, Sushmita memberitahu, “Saya sibuk dengan urusan perniagaan saya dalam melatih wanita-wanita India yang bakal dihantar untuk bertanding pada pertandingan ratu cantik. Adakah anda rasa saya mempunyai masa untuk berkahwin?
“Saya tidak berhubungan dengan Wasim selepas terlibat dalam program realiti TV, Ek Khiladi Ek Haseena. Cuma baru-baru ini dia telah datang ke India untuk satu perlawanan kriket. Jadi kami bertemu semula.
“Ini merupakan saat-saat sukar dalam hidupnya apabila isterinya, Huma meninggal dunia tahun lalu. Ia bukan perkara baik untuk menyebarkan gosip sebegini.”
Selain kariernya, Sushmita juga perlu menjaga dua orang anak angkatnya, Alisah dan Renee. Bagaimana dia membahagikan masanya? “Alisah sentiasa mengembara bersama saya. Ibu saya, Subhra berada di Mumbai dan menolong saya menjaga mereka.
“Renee, anak pertama saya, sedang belajar di sekolah berasmara penuh Cathedral di Lonavala. Hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dia akan berada bersama saya. Dia seorang pelajar cemerlang,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: