![]() |
| KIM KARDASHIAN |
SOSIALIT Kim Kardashian hanya berjanji untuk bergaya di majalah Playboy kerana disuruh oleh ibunya. Namun, kini dia mengaku bahawa dirinya menyesal kerana berbogel untuk majalah tersebut pada keluaran Disember 2007.
Kata Kim, dia disuruh untuk berbuat demikian oleh ibunya, Kris Jenner bagi mempromosikan program TV mereka, Keeping Up with the Kardashians yang ditayangkan di saluran E!.
“Saya amat menyesal kerana pernah terlibat dengan majalah Playboy. Saya sangat tidak selesa. Ibu yang menyuruh saya menerima tawaran tersebut. Kata ibu: 'Mereka mungkin tidak akan menawarkan peluang ini lagi.
“Program kita belum ditayangkan lagi. Tiada siapa yang mengenali awak. Terima sahaja dan gambar-gambar cantik ini akan menjadi kenangan apabila anda tua nanti,” ujar Kim.
Namun, Kim, 29, memberitahu dirinya lebih selesa apabila bergambar secara bogel untuk majalah Harper Bazaar baru-baru ini. “Ia satu pengalaman yang menakutkan. Namun, saya ingin menyampaikan mesej bahawa hargai diri anda sebagaimana yang dikurniakan.
“Saya berasa bangga apabila ada gadis muda yang melihat saya sebagai contoh. Mungkin saya ada sedikit selulit di bahagian tertentu. Tapi saya bangga dengan bentuk badan saya.”

kes ibu ajar anak buat jahat ni!!!
ReplyDelete