Sunday, April 11, 2010

Sarah Harding Makan Serbuk Arang Berdiet

Pemuzik dari Britain, Sarah Harding menghadiri The 2010 Empire Film Awards di London, pada 28 Mac, 2010.

PENYANYI Girls Aloud, Sarah Harding menaburkan serbuk arang pada makanannya bertujuan untuk berdiet.

Artis seksi itu mendapat tahu tentang diet aneh itu secara dalam talian.

Lebih pelik, Harding menegaskan tabiat makan itu adalah berbaloi kerana membantunya melangsingkan badan serta menjaga kesihatan.

Band 'Girls Aloud' (dari kiri): Sarah Harding, Kimberly Walsh, Cheryl Cole dan Nicola Roberts.

"Saya dapat tahu melalui satu laman fesyen. Ia (Serbuk arang) mempunyai tekstur yang ganjil, tidak mempunyai apa-apa rasa dan menyerap semua benda yang membahayakan kesihatan di dalam badan.

"Bagaimanapun, ia bukan merupakan arang biasa yang kita bakar - saya tidak segila itu," katanya.

"Saya mendapatkannya dari sebuah kedai makanan kesihatan dan percaya ia adalah baik untuk kesihatan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: