Monday, April 26, 2010

Pondan ditumbuk ibu mangsa ragut


GAMBAR menunjukkan pondan (kanan) yang meragut rantai seorang pelancong wanita Rusia
di Pattaya semalam.



PATTAYA - Seorang pondan ditumbuk oleh ibu mangsa ragut di mukanya selepas dia cuba melarikan diri selepas ditangkap, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.

Pada mulanya, pondan itu meragut rantai seorang pelancong wanita Rusia, Anton Kharmov semasa mengekorinya dari belakangnya.

Namun, mangsa dan ibunya serta seorang anggota keluarganya termasuk seorang pengawal keselamatan kemudiannya mengejar pondan tersebut.

Pondan itu berjaya ditangkap tetapi kerana dia cuba melepaskan diri, ibu si mangsa ragut bertindak menumbuk mukannya semasa mereka menunggu ketibaan polis.

Seorang pegawai polis tempatan, Kapten Santiphon Phuwadonkanok berkata, rantai itu dianggarkan berharga 32,000 baht (RM3,171).

Kejadian itu berlaku pada waktu pagi semalam semasa si mangsa dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: