Tuesday, April 27, 2010

Polis tembak mati pelajar selepas kejar-mengejar


Keadaan kereta dipandu Aminulrashid yang mati ditembak di Shah Alam.


SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

"Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

"Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong," kata beliau di sini semalam.

Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.

Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

"Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.

"Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan," kata beliau.

46 comments:

  1. kasihan..sungguh ker die penjenayah?

    ReplyDelete
  2. fakta telah diputar-belit

    ReplyDelete
  3. jgn nk bising2..biar siasatan djalan kan.jgn nk tunding jari pad polis jer..

    ReplyDelete
  4. Entahnya.. sikit2 salah PDRM. Biarlah siasatan dijalankan dulu. Lagi pun keluar pukul 2 pagi memandu tanpa lesen buat apa...??? Beli roti sardin ker..???

    ReplyDelete
  5. PENGAJARAN TU...LAIN KALI POLIS TAHAN TAK PAYAH NAK LARI KALAU STAKAT LESEN XDE...

    ReplyDelete
  6. Padan muka budak tu. Padan muka mak dia jg. Sikit2 salahkan polis.

    ReplyDelete
  7. ish2 korang ni,org dh mati lu ckp camtu? lu ni mesti geng polis kan? Lu mati esok2 pon x sure dlm keadaan camane brother,so jgn tergelak kat org!

    ReplyDelete
  8. salahkan mak bapak la,asal salahkan polis lak?....budak bawah umur kluar pagi2 buta? skang nih mak bapak takut kat anak ker,anak yg spatutnya takut ngan mak bapak?tah ler zaman sekarang...mak bapak rajakan sgt anak2.pastuh jadi camni polis lak yg salah.kalau anak pompuan kuar pagi2 camtuh pastuh kena rogol, polis jugak yg kamu cari kan kan kan.

    ReplyDelete
  9. budak umur 15 tahun keluar 2 pagi bawak kereta takde lesen...pas tu nak rempuh polis... banyak lah kau nak salahkan polis! tak guna punya budak...padan muka mampos!

    ReplyDelete
  10. komen bedegar2 tapi guna "Anonymous"....bapak penakut....orang meninggal tak yah laaa kutuk....polis bior kan je buat keje dia....nak komen jugak post laa nama betul siap fb nyer alamat skali....masa tu nak kecoh pun takper sebab tau nak cari saper kalau nak pukul ke aper....

    ReplyDelete
  11. tak tau mana betul.... sekiranya ada org teraniaya... pasti tuhan yang MAHA MEMBALAS...

    ReplyDelete
  12. salah mak bapak sebab bagi anak bawak kete, dah tau budak tu budak....

    salah budak sebab dah tau polis, lagi mau challenge high speed. mana ade polis kite bagi chance dekat criminal, mane die tau org dalam kete tuh budak

    salah polis, tembak kat budak, tembak la tayar dulu

    semua salah, tp yg palaing salah.... mak bapak die.

    ReplyDelete
  13. MMG SALAH IBUBAPA TAK JAGA ANAK, ANAK PUN SALAH, NAPA MEMANDU KERETA KLU BLM ADA LESEN. POLIS TU PUN SALAH, NAPA NAIK GERAM & TEMBAK ORANG KALAU SETAKAT BUDAK2 LARI DARI SEKATAN POLIS.BUKANNYA ADA LAPORAN KERETA DICURI SELEPAS MEROMPAK & MEMBUNUH. POLIS2 KITA KENA GUNA AKAL SIKIT,JGN EMOSI.BANYAK LAGI KES LAIN YG LEBIH TERUK,ROGOL,ROMPAK,BUNUH, EDAR DADAH DLL,ITU YG PATUT LEBIH MENGERAMKAN. KALAU PANAS BARAN JGN JADI POLIS...

    ReplyDelete
  14. kalau da bengap susu memang tak leh nak di ajar lagi....lantak kau laaaa labu....cume aku piss off dengan orang pengecut nie....

    ReplyDelete
  15. kkkhhhaaapppuuuiiitttMay 4, 2010 at 5:52 PM

    nie salah kesemua pihak yang terbabit.... namun, kesalahan yang dilakukan oleh si mati masih boleh dimaafkan tetapi kesalahan tindakan yang diambil polis tidak dapat dimaafkan kerana telah mengorbankan jiwa.... kalau kau orang letak diri kau orang sebagai seorang yang berumur 15 tahun, si mati dah tau dia kejar polis lagi2 dia tidak ada lesen, kau ingat dia leh duduk diam.. sudah tentu dia panik gila and lau boleh nak larikan diri.. memang dia tau dia dah bersalah dan perbuatannya salah, namun apakan daya, kesalahannya dibayar dengan nyawanya sendiri. Si polis pun sama, asal tembak budak tu padahal dia tidak bersenjata...

    Apa2 pun, yang pasti, banyak kisah yang telah diputar belitkan.. blog lain kata lain, akhbar lain kata lain, semoga perihal ini dapat diselesaikan dengan baik bagi semua pihak..

    Al-fatihah buat si mati... ibu bapanya sudah pasti menyesal.. so takyah korang nak tambah2 luka mereka.. mereka pun tau kesalahan mereka..
    yang korang tu fikir diri korang... adakah korang sempurna sungguh sehingga tidak membuat sebarang kesilapan?

    ReplyDelete
  16. polis bodoh gi tembak budak tu apasal??
    sial la polis nie...
    pastu mula putar belik fakta....

    ReplyDelete
  17. al-fatihah buat si mati...
    sama2 kita mendoakan si mati

    ReplyDelete
  18. jangan bongkak sangat, biar polis wat keja dia. kita kok jadi polis pun macam tu gak. jangan asyik nok gutuk je. kalu tadok polis punah negara kita. yang salah tetap salah mahkamah kan ada....

    ReplyDelete
  19. nak salahkan sapa ye...? mayb salah kite kot kan..banyak sgt membebel,crite pun jadi haru biru,herot berot..apapun TUHAN MAHA MENGETAHUI,di dunia terlepas..di akhirat ada balasanNya.

    ReplyDelete
  20. dah boleh betaubat dah insan2 yg berkenaan neyh!! x payah la nak sialkan or nak padan mukakan sesiapa especially org yg dah kembali kpd Yg Maha Memiliki..dah ajal dia nak meninggal dlm keadaan camtu,,mgkin hikmahnye utk bg pengajaran kat kite yg masih hidup nie.
    mgkin korg akn ckp x kena kat batang hidung sendiri boleh la aku beceramah kat sini
    tapi Tuhan tue xkn menguji umatnye diluar kemampuan..
    1 more,,polis pn manusia biasa gak macam ko,,so x payah nak tuding jari kt sape2..

    ReplyDelete
  21. btul k slah bdak 2???
    zaman skarang orang yg berkuasa leh wat pew saje...
    polis k org ramai k bkan bgus sgat skrang...
    rasuah la,,,samun la,,,

    bdak 2 mcm x slah je pwon...

    ReplyDelete
  22. aku suka jadi polis,dapat main pistol

    ReplyDelete
  23. apa pun benda dah jadi, kita cuma ambik iktibar apa yang berlaku agar tak jadi lagi kisah macam tu ,cuma aku sangsi laporan berita kat atas, kalau polis kata mangsa undur kereta semasa hendak diperiksa kenapa keadaan kereta tu muncungnya mengadap tembok...polis ni biau betul...lain kali jgn bagi polis bawak pistol suruh dia bawak serbuk lada jeeeeee....naik angin je nak tembak orang, apa ingat colombia kee...

    ReplyDelete
  24. semoga yg benar mengatasi kebatilan..

    ReplyDelete
  25. mak bapok diowg pown slh jgk..polis 2 pown bengong..yg dier g tmbak kpla budak 2 asal? cbe r tmbak tyr ke dlu..budak2 2 bkn brsnjata api pown nk bhyekn diowg....bodoh! polis yg tmbk bdak 2 xdok etika keje r 2..2 r psl melulu jew tmbak pale owg 2. benci gilerr..

    ReplyDelete
  26. polis jalankan tugas.....so sye tabik polis di raja malaysia...(PDRM)...POLIS SEDIA BERKHIDMAT...

    ReplyDelete
  27. biasa la manusia, tk kena btg hidung sdri. Lagi pun mati tk blh 2 x. Kalu mati bolh 2 kali. Bdk tu bangun semula pegi amik lesen dulu. Mak budk yng kata anak dia bagus tu pong buat masuk anak dia dalam perut semula, beranak semula, jaga semula peluk anak dia siang malam supaya tk keluar rmh. Polis tu pun tk pyh tembak, biar dia sdiri mati dulu. Pastu kalu dah dapat tahu yang bunuh dia tu pjnyah, baru dia hidup semula dan tembah penjnyh tu. Aku tk sokong sapa2. yg terasa, pada muka kau. Budak yg bagus, tgh mlm buta dok tidur kt rmh sbb esok nk sekolah. PK lh kita ada otak. polis pun kalu dh brtidk tu, toksah nk ptr belit fakta. Hadapi apa yg kamu buat. Kalu kamu salah tima lah akibat. kalu kamu betul apa nk takut. mmah ada.

    ReplyDelete
  28. lain kali kita ikut arahan polis,klu polis suruh berhenti kita berhenti lah,ni x terus lari mestilah polis syak pe2 kn,padan muka kna tembak,mak bapak xtau nk jga ank,ank dh mati sibuk nk slhkan polis..

    ReplyDelete
  29. korang emosi sgt pal pa.. bagi saya memang mak bapak dia yang salah.. Bodoh.. x habis2 nak menyusahkan org.. saya bukan polis pn tau mak bapa ngan budak tu yang salah.. malam buta ble bagi benar anak bawa keta.. pas tu anak lari dari sekatan plak tu.. kalau saya polis pn kejar lerr.. Daah mendatangkan Syak.. Tambah2 lagi tempat tu kawasan panas penjenayah.. Budak2 skg pn bukan baik sangat.. anak umur 10tahun pn ble membunuh orag.. kalau polis yang kena,pandai plak korang yang Bangang sangat ni diam yerrr.. Skolah bertingkat2.. Bodoh sampai ke langit..

    ReplyDelete
  30. bg aku,budak tu yg salah..mak dia pun satu,ade ker patut suruh KPN ngan PDRM minta maaf???..nasib la musa ni seorang yg berpendirian teguh!!dont worry PDRM..kitorang xkan salahkan you all pasal hal aminulrasyid nie..janji korang lakukan tugas dgn adil dan saksama..hidup PDRM!!!aku harap polis yg didakwa itu dilepaskan..lain kali,sorok la kunci ketakat bawah bantal mak cik oi..

    ReplyDelete
  31. kita tak dapat nak salah kn polis buat msa ni. .kita tak tau hal sebenar. .bagi aku. .ibu bapa harus lebih prihatin trhadap kegiatan anak2 mereka. .n anak2 pu n harus jd anak yg dngar nasihat ibu bapa. .skrang ni anak2 terlalu degil. .mudah terikut budaya barat. .yg hidup dngan cara tak masuk ajar.

    ReplyDelete
  32. saya heran lah... polis sekadar menjalankan tugas mereka... bila ada jenayah, kita salahkan polis! tapi bila polis jalankan tugas sikit, mak bapak buat hal macam2...

    ReplyDelete
  33. sepatutnya setiap keta polis kena pasang kamera. so bole guna untuk tunjuk bukti. Polis pun tak boleh buat sesuka hati..

    ReplyDelete
  34. mmg benarla.......mak bpk zmn skg sk manjakan ank.......teruk arrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  35. dah tugas polis..tak ble salahkan drg..mereka bertugas siang malam jaga keselamatan kita..kalu dah mencurigakan terpaksa lepaskan tembakan.dah tembak tayar pun bagi amaran..tak mw dgr jg..nasibla..kalu nak kutuk polis sgt..jan nak minta bantuan polis lg..HIDUP PDRM...

    ReplyDelete
  36. bangang la korang ni org mati ko kata mampus,dia tu org islam bodoh..hormat la sikit.kalau ko pun x da lesen ko tntu lari kalau ada sekatan bangang..kalau jd pd fmly lu sendiri camne..lu fikir la sendiri

    ReplyDelete
  37. lepas kejadian ni....polis tak perlu ambil peduli keamanan sekitar shah alam...biarkan jenayah berleluasa..kalau dah terbiar, baru tau perlu ke tidak peranan polis tu..

    ReplyDelete
  38. tembak salah tak tembak pun salah.lepas ni penjenayah,penyamun,peragut paling suka.boleh tangkap je tembak tak boleh.saman polis kalau polis tembak mereka.perompak lari jangan kejar sbb polis tak nampak sapa yang rompak.takut salah tembak.lepas ni semua kes jenayah tak payah buat report.buang masa polis je nak siasat.salah tangkap pun boleh kena saman.polis dah boleh keja waktu pejabat. 8.00 pg masuk keja 5.00 petang balik. malam ada apa-apa report kira esok pagi je.kan senang.sabtu dan ahad cuti macam jabatan kerajaan yang lain.baru tak ada saman dari orang ramai. buku saman traffik dah boleh simpan. smua kenderaan kemalangan bawa ke pejabat traffik.buang masa&minyak je pegi tempat kejadian. suka ke kalau betul-betul perkara ni terjadi di malaysia????????

    ReplyDelete
  39. ..Apala korang ni, cubala pikir punca perkara ni berlaku .. Cam CSI tu menyiasat, ha camni!..
    1. Kemalangan xkan berlaku sekiranye tau undang2 xbenarkan bawa kete kalau xde lesen.
    2. Kemalangan xkan berlaku sekiranye ibubapa xbenarkan bawa kete sbb xde lesen.
    3. Kemalangan xkan berlaku kalau xkuar melepak lebih2 waktu dh lepas tngah malam, sepatutnye waktu tidor.
    4. Kemalangan xkan berlaku kalau budak tu xkuar sbb hormat ibubapa yg die masih muda dan xde lesen
    5. kemalagan xkan berlaku kalau die berhenti bila polis suruh berhenti bukan lari laju macam orang salah.
    6. Kemalagan xkan berlaku kalau dia xkuar rumah pada waktu tu.
    7. dan lain2 sbb tapi inilah dikatakan Takdir Tuhan yg dah tertulis, semuga rohnye di Rahmati Allah semuga berada bersama2 orang2 yg soleh, Amin.
    PS: Beringatlah sebelum kena dan jangan mencari kesalahan orang tapi carilah mula & punca bagaimana ia bolih berlaku.

    ReplyDelete
  40. polis sepatutnya tidak terburu-buru melepaskan tembakan.kesian kat budak tu.semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah.Al-fateha

    ReplyDelete
  41. Polis sudah menjalankan tugas dengan cekap , bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab .
    kita sepatutnya menghargai pengorbanan polis yang bertugas 24 jam menjaga keamanan negara .
    Kalau polis pakat-pakat tak kerja 1 minggu sudah , lepas tu baru tau betapa pentingnya
    polis kepada kita .Tugas t/jawab Polis sebenarnya adalah berjihat untuk agama , bangsa dan negara . Jadi janganlah selalu kutuk2 polis .

    ReplyDelete
  42. polis bukannye keje 24 jam sorg la bodoh...die keje gilir2 la...mn ade keje yg kene 24 jam sorg...mau semua polis malaysia nie berenti keje klau 24 jam sorg keje....

    ReplyDelete
  43. Pemahaman, pengetahuan dan IQ anda sangat rendah . Sila bezakan kerja , tugas dan tanggungjawab . Polis bila-bila masa boleh diarahkan serta merta dalam masa 24 jam . Perompak yang akan merompak rumah anda mungkin tiba pukul 3 pg atau 3 ptg atau 12 mlm dsb , mereka bukan kira waktu pejabat . Saya galakkan anda supaya amalkan sikap suka membaca . Membaca boleh menambah ilmu , pengetahuan dan pemahaman anda . Tidak lupa amalkan budi bahasa , yang sepatutnya menjadi amalan rakyat Malaysia .

    ReplyDelete
  44. Anonymous said

    orang yang tak cerdik saja yang kata polis kerja 24 jam.Kerja,tugas dan tangunjawab sebab tulah polis bertugas 24 jam.Tugas aktif dan tanggunjawab,cuba you all fikir ada tak polis di bayar elaun lebih masa tapi polis tetap bertugas 24 jam.ada faham

    ReplyDelete
  45. adik aku duh. . !!! :'( xpasal2 mati. . men tembak jerwk tngk dulu besr ke kecik. . yg merompk sume tu xnk pulk tembk. .

    ReplyDelete
  46. Kalau laki atau bini atau anak dia jadi polis ,
    baru dia tau manacamana susah dan beratnya
    t/jawab polis . Jadi saya menyeru seluruh rakyat Malaysia hargai polis . Sedangkan perompak pun adakalanya menghargai dan menghormati polis . Apakan lagi kita rakyat
    yang sekolah dan berakal ini

    Dari CIKGU POLIS .

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: