
sebatang jalan raya utama yang memasuki Bangkok semalam.
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejajjiva berikrar akan membersihkan pusat perniagaan di sini daripada terus menjadi kubu penunjuk perasaan antikerajaan.
Semasa berucap di televisyen Thailand semalam, Abhisit bagaimanapun, tidak menyatakan bila pasukan keselamatan akan mengambil alih kawalan di kawasan Ratchaprasong yang diserbu penunjuk perasaan Baju Merah itu.
Mereka membina beberapa halangan dengan menimbun tayar dan memasang pancang buluh bagi menghalang kemaraan pihak berkuasa.
"Pasukan keselamatan akan mengambil alih kawalan di Ratchaprasong tetapi kami tidak boleh mendedahkan bila atau dan bagaimana ia akan dilakukan kerana pelaksanaannya bergantung kepada beberapa faktor," kata Abhisit.
"Perkara utama sekarang adalah bukan menentukan sama ada mengusir mereka (penunjuk perasaan) atau sebaliknya tetapi bagaimana mencari penyelesaian keseluruhan berhubung krisis sekarang," tambahnya.
Abhisit muncul di kaca televisyen bersama Ketua Tentera Thailand, Jeneral Anupong Paojinda bagi menepis khabar angin bahawa mereka tidak sehaluan mengenai cara menangani krisis politik yang menjejaskan negara itu.
Penunjuk perasaan antikerajaan yang memakai baju berwarna merah dan menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra kini menunggu operasi tentera bagi mengusir mereka tetapi berikrar kerajaan Abhisit akan tumbang sekiranya tindakan tersebut gagal.
Sejumlah 26 orang maut dalam beberapa siri pertempuran sejak tunjuk perasaan tercetus pada pertengahan Mac lepas bagi menuntut Abhisit membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula di Thailand.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: